Mati akibat tercekik dodol

Mati akibat tercekik dodol

mati-tercekik-dodol-melaka

MELAKA: Seorang warga emas, K Sanmugam, 67, meninggal dunia akibat tercekik dodol yang dimakan di rumahnya di Taman Merbok, Bukit Baru, di sini, Jumaat lalu.

Kejadian itu disedari isteri mangsa, S Santhaletchmy, 66, selepas mendapati suaminya, tercungap-cungap ketika mereka sekeluarga sedang menjamu selera pada kira-kira jam 10 pagi.

Santhaletchmy berkata, beliau kemudian mengangkat suaminya dan beberapa kali cuba menepuk belakangnya selain cuba mengeluarkan dodol itu dengan menggunakan jari.

“Dodol itu saya sudah beli lebih seminggu dan memotongnya kecil-kecil. Saya nasihat (suami) jangan makan dodol itu tetapi dia tidak mengendahkannya,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Kata Santhaletchmy, suaminya kemudian pengsan sebelum dibawa ke Hospital Pantai di sini untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun, katanya, pihak hospital memberitahu suaminya berada dalam keadaan serius dan dimaklumkan meninggal dunia beberapa minit kemudian.

Santhaletchmy berkata, suaminya yang juga bekas pekerja SWM Enviroment Sdn Bhd serta Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, pernah diserang strok, 15 tahun lalu dan kurang sihat sejak itu.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Melaka Maju, Sejahtera dan Berdaya Saing di Bawah Kepimpinan Ab Rauf Yusoh

Hab helikopter Weststar di Melaka majukan industri aeroangkasa negara

1 hilang, 3 selamat dalam musibah kepala air

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami