1MDB: Timbalan Pendakwa Raya Ditahan - pakdin.my

Timbalan Pendakwa Raya SPRM

Polis menangkap Timbalan Pendakwaraya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahmad Sazilee Abdul Khairy, untuk disiasat berkaitan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan laporan Sarawak Report.

Pagi tadi, polis Cawangan Khas menangkap dua individu, termasuk seorang bergelar ‘Tan Sri’ mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan kerana cuba menimbulkan dan mengganggu-gugat demokrasi berparlimen di negara ini.

Bekas anggota Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Rashpal Singh dan seorang wanita warga Singapura yang bertugas di bahagian Anti-Penggubalan Wang Haram Jabatan Peguam Negara, Jessica Kaur Singh, dilaporkan ditahan pagi tadi bagi membantu Pasukan Petugas Khas menyiasat kes berkaitan kes 1MDB dan Sarawak Report.

Terbaru, laporan menyebut Ahmad Sazilee yang dipinjamkan daripada Jabatan Peguam Negara adalah orang ketiga yang ditangkap hari ini untuk disiasat berkaitan kes berkenaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika mengesahkan tangkapan itu, bagaimanapun berkata Sazilee tidak ditahan reman kerana polis dijangka akan selesai menyoal beliau hari ini.

Tangkapan itu dibuat berkaitan laporan polis yang dibuat terhadap Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

UTAMAEDITORIAL1MDB1MDB: Timbalan Pendakwa Raya Ditahan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium