Negara musnah jika golongan muda ikut pemfitnah

Negara musnah jika golongan muda ikut pemfitnah

Negara musnah jika golongan muda ikut pemfitnah

Proses pembinaan negara akan hancur jika golongan muda terus terikut-ikut tindakan sesetengah pihak memfitnah dan memburukkan pemimpin serta kerajaan.

“Sekiranya generasi muda terikut-ikut dengan rentak yang dimainkan sesetengah pihak untuk menjatuhkan negara, bagaimanakah usaha yang telah dilaksanakan sejak merdeka lagi akan berjaya.

“Bagaimanakah usaha yang sedang dan akan dilaksanakan kerajaan melalui kepimpinan yang ada sekarang, dapat diterjemahkan sekiranya golongan muda tidak bersama-sama membina negara.

“Sesungguhnya generasi sekarang perlu memahami kerana mereka akan menjadi pelapis dan pewaris kepimpinan masa hadapan,” kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari di Batu Pahat, Johor, Ahad.

Menurutnya, usaha membina negara adalah sama seperti membina sebuah bangunan yang mengambil masa lama untuk disiapkan namun cukup mudah untuk diruntuhkan.

Sehubungan itu, beliau menyeru golongan muda memahami fakta sejarah dengan tepat dan sahih kerana ia tegasnya adalah satu daripada elemen penting untuk membangunkan negara.

Melaluinya golongan muda katanya, akan mengetahui kesukaran dan susah payah pemimpin untuk membangunkan negara.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Ulama PAS yang ‘memfitnah’ sahabat Nabi: Dari Abu Bakar ‘Bapa Ceti’ ke Umar ‘Si Ganas Penzina’

Papagomo dihukum penjara 30 hari, hina mahkamah

Terkini:

Keyakinan pendeposit “kekal utuh”

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami