28 selamat, bot laju Sipitang-Labuan hampir karam - pakdin.my

bot-laju-sipitang-labuan-karam

LABUAN: Seramai 25 penumpang dan tiga kru terselamat selepas bot laju dinaiki mereka rosak dan hampir karam di perairan Pulau Papan, dekat sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian itu jam 1.45 tengah hari, bot laju dari Sipitang ke Labuan terbabit rosak di tengah laut sebelum dimasuki air menyebabkan penumpang panik sehingga terpaksa memanjat bumbung bot.

Difahamkan, bot penumpang itu dipercayai bocor di bahagian belakang berdasarkan keadaannya yang tenggelam ketika ditemui oleh pasukan penyelamat.

Ketua Penguatkuasa Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Daerah Labuan, Kapten Maritim Che Adnan Md Isa, bot dengan nombor pendaftaran MK3999/1/P itu bertolak dari Sipitang jam 1 tengah hari.

Katanya, sebaik menerima maklumat berhubung kejadian itu, pihaknya memaklumkan kepada anggota APMM yang beroperasi di perairan Teluk Brunei sebelum menemui bot laju terbabit pada jam 2.20 petang.

“Semua penumpang dipindahkan oleh anggota Polis Marin dan dibawa ke Terminal Feri Antarabangsa Labuan, manakala bot itu ditunda untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Turut terbabit dalam operasi itu ialah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan.

UTAMA28 selamat, bot laju Sipitang-Labuan hampir karam

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium