SPRM: Laporan Malaysiakini tidak berasas - pakdin.my

1mdb-sprm

Suruhanjaya Pen­cegahan Rasuah Malaysia (SPRM) me­nafikan sekeras-ke­rasnya dakwaan portal berita propembangkang, Malaysiakini kononnya beberapa laporan telah dibuat pegawai suruhanjaya itu terhadap Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pencegahannya, Datuk Mustafar Ali berkata, penyiaran berita yang bertajuk Pindah pengarah: SPRM siasat KSN, KP JPA itu adalah tidak berasas malah dilihat bermotifkan untuk melaga-lagakan agensi kerajaan.

“Laporan portal be­rita ber­kenaan yang mendakwa pe­gawai-pegawai SPRM ada membuat laporan terhadap Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal di bawah Seksyen 48 Akta SPRM 2009 adalah tidak berasas sama sekali.

“SPRM berpandangan laporan seumpama ini adalah bermotif untuk melaga-lagakan hubungan baik antara agensi-agensi kerajaan dan kepimpinan perkhidmatan awam di Malaysia,” katanya dalam satu kenya­taan di sini hari ini.

Malaysiakini yang kononnya memetik daripada sumber mendakwa laporan berkenaan dibuat berhubung pemindahan dua pengarah SPRM iaitu Datuk Bahri Mohamad Zin dan Datuk Rohaizad Yaakob ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Mustafar juga menggesa pihak media agar lebih bertanggungjawab dalam membuat laporan de­ngan tidak menyiarkan berita yang memetik sumber tidak sah.

“SPRM menghargai kerjasama daripada pihak media namun kami juga berharap agar media bertanggungjawab dengan tidak menyiarkan laporan-laporan yang memetik sumber tidak sah,” ujarnya.

UTAMAEDITORIAL1MDBSPRM: Laporan Malaysiakini tidak berasas

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium