UtamaPOLITIKSaya Tidak Akan Cerita...

Saya Tidak Akan Cerita 'Peristiwa' Lama Dalam Umno – Najib - pakdin.my

Sumbangan untuk memastikan blog ini terus bersiaran: Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Najib-bandar-tun-razak

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak akan mengungkit “peristiwa” lama yang pernah berlaku di dalam Umno kerana berpegang teguh kepada prinsip tanggungjawab bersama dan disebabkan perasaan sayangkan parti.

Perdana Menteri dan Presiden Umno itu berkata, disebabkan sayang dan kasih kepada parti, beliau tidak akan berbuat perkara sedemikian yang pada akhirnya tidak akan memberi sebarang faedah kepada parti.

“Dalam sejarah Umno banyak peristiwanya, tetapi saya tidak akan ceritakannya pasal saya berpegang kepada prinsip ‘collective responsibility’ (tanggungjawab bersama). Ini tanggungjawab kita semua, takkan saya hendak menceritakan kerugian-kerugian dulu, kesalahan dulu.

“…ia diibaratkan ‘tepuk dulang dan merecik ke muka kepala sendiri’.

Saya tidak akan ‘meludah ke langit’ yang akan jatuh ke muka sendiri kerana saya kasih dan sayang kepada parti Umno,” katanya dalam ucapan perasmian mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Alor Setar di sini, Ahad.

Menurut Perdana Menteri, apa yang beliau lakukan dan amalkan ketika ini sebagai Presiden Umno tidak berbeza dengan apa yang dilakukan oleh pemimpin parti sebelum ini seperti Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Apa yang saya buat ini pun tidak berbeza dengan amalan-amalan dahulu,” katanya dan menambah beliau sentiasa berusaha mencari dana untuk menggerakkan jentera parti bagi memastikan Umno terus berkhidmat kepada rakyat.

Di dalam usaha mencari dana bagi Umno, Najib berkata prinsip-prinsip penting yang perlu dipatuhi seperti ‘jangan mencuri duit orang, tidak menyalahi undang-undang dan dana itu tidak digunakan untuk membeli undi’.

Beliau berkata Dr Mahathir juga mengakui parti politik memerlukan duit.

“Ini (dana politik) diakui sendiri oleh Tun Dr Mahathir sendiri di dalam buku Transparency International, di mana dia (Tun Dr Mahathir) sebut ‘ every political party needs money’ (setiap parti politik memerlukan duit),” katanya.

Perdana Menteri juga berkata, beliau juga mempunyai prinsip menyokong ketua, sebagaimana yang dilakukannya sebelum ini ketika menjadi Timbalan Presiden Umno kepada Abdullah.

Katanya semasa menjadi timbalan kepada Abdullah, beliau tidak pernah menyoal Presiden Umno itu tentang dana yang diperolehinya untuk perjalanan Umno.

“Waktu saya jadi timbalan, saya tidak soal Pak Lah (Abdullah) daripada mana dapat dana, saya tidak soal. Saya tanya pada Pak Lah, You (Pak Lah) tanya tak pada Tun Mahathir (ketika Abdullah menjadi timbalan kepada Dr Mahathir) dan dia kata tidak.

“Asalkan dua perkara, jangan curi duit orang dan menyalahi undang-undang, yang lain itu terpulanglah kepada presiden parti,” katanya.

Najib berkata, beliau boleh memberi penerangan secara terperinci tentang isu dana parti kepada anggota Umno tetapi ia mestilah dilakukan secara tertutup.

Tindakan membincangkan isu berkenaan dana parti secara terbuka dibimbangi akan hanya merosakkan Umno, malah parti pembangkang juga tidak mendedahkan sumber dana parti mereka, katanya.

“Cukuplah, jangan “korek kapal”, kita semua dalam satu pasukan. Jikalau kita kasih dan sayang parti, aman parti,” kata Najib dan menurutnya pengorbanan Ketua Umno Bahagian Alor Setar Datuk Seri Ahmad Bashah Hanipah adalah contoh kesetiaan dan kasihnya kepada parti.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] SPRM siasat ‘sedekah’ ketika PRU15, jejaki 90 pengundi

Kami sedang mengenal pasti 90 individu di Terengganu yang dikatakan menerima pemberian wang untuk mengundi sebuah parti politik pada PRU15 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162224/?amp=1

[VIDEO] Mahkamah Sepanyol tolak rayuan waris Sulu

Azalina berkata, keputusan mahkamah perlembagaan itu mengesahkan pembatalan Stampa sebagai penimbang tara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162214/?amp=1

[VIDEO] PATI bina penempatan haram lengkap sekolah di Nilai

Ketika serbuan dilakukan, terdapat cubaan daripada beberapa orang PATI meloloskan diri daripada ditahan pegawai Imigresen malah ada yang cuba bertindak agresif BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162197/?amp=1

Pembersihan UMNO: Tunggu sesi akan datang, kata Ahmad Zahid

Ketika diasak pemberita di Majlis Personaliti Quran di sini pada Isnin, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata: "Tunggulah, dalam sesi akan datang" BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162188/?amp=1

[VIDEO] Tindakan pantas guru selamatkan lebih 20 murid jatuh laut akibat jeti runtuh

Ketua UMNO Bahagian Semporna, Abdul Manan Indanan, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu dan semua murid serta guru dilaporkan selamat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162171/?amp=1

Tuntutan waris Kumpulan Sulu: Mahkamah Luxembourg tarik balik perintah sekatan

Azalina juga menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan berhenti berusaha untuk melindungi dan memelihara kepentingan negara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162161/?amp=1

[VIDEO] Letupan Masjid di Peshawar, Pakistan: 46 maut, 150 cedera

Perdana Menteri Shebaz Sharif mengatakan letupan itu sebagai serangan bunuh diri. Terdapat sekurang-kurangnya 260 orang di masjid itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162150/?amp=1

Gopal Sri Ram, Pendakwa kes 1MDB juga menjadi pembela Firma Guaman yang disaman 1MDB – tidak ada konflik kepentingan?

Orang yang diupah oleh kerajaan untuk mendakwa mereka yang menimbulkan masalah kepada 1MDB juga adalah orang yang sama diupah oleh salah satu firma yang didakwa atas kelalaian sehingga menyebabkan berlaku masalah kepada 1MDB BACA seterusnya di:https://pakdin.my/162140

2 kali gagal singkir pendakwa raya, akhirnya tersingkir sendiri

Terdapat akuan bersumpah dari bekas TS Apandi Ali bahawa Sri Ram pernah datang ke rumah memberitahu bahawa Mahathir meminta beliau bantu untuk membuat tangkapan ke atas DSN. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162129

[VIDEO] 2 Wanita di tembak di Narathiwat, 1 maut dan 1 cedera

Seorang wanita maut ditembak ketika menunggang motosikal manakala serang lagi mengalami kecederaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162109/

[VIDEO] KJ, Noh Omar dipecat keahlian UMNO

Timbalan Ketua Bahagian Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar dan Bekas Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar telah dibuang keahlian BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162119 Youtube: https://youtu.be/_D68Ryt4LPo

[VIDEO] Kerajaan Malaysia menang lawan ‘waris’ Sultan Sulu – Azalina

Hasil daripada tindakan Malaysia itu, Mahkamah Sepanyol yang melantik Dr. Stampa telah membatalkan pelantikannya secara retrospektif dan ‘preliminary award’ yang dikeluarkan oleh beliau di Madrid. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162090/ https://youtu.be/9gbidNLGZ-s