#BERSIH 4: Pelancong AS cedera berasak-asak dengan peserta - pakdin.my

bersih4-pelancung-cedera-parah-dihimpit-peserta

Seorang pelancong dipercayai warga Amerika Syarikat cedera di bahagian kepala selepas terjatuh dari tangga kerana penglihatannya terlindung akibat sikap tidak bertanggungjawab peserta perhimpunan haram Bersih 4.0 yang mula berkumpul di ibu negara.

Mangsa yang menuruni tangga terpaksa bersesak dan berasak-asak dengan kelompok peserta Bersih 4.0 yang berkumpul berhampiran tangga di depan kedai runcit 7 Eleven dekat Petaling Street sekaligus menghalang pergerakan dan pemandangan orang ramai.

Dalam pada itu, polis Kuala Lumpur dan anggota petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertugas seperti biasa memantau perjalanan di sekitar ibu negara namun dengan pertambahan jumlah anggota.

Peningkatan itu bagi menampung sebarang kekacauan susulan ratusan peserta perhimpunan haram Bersih 4.0 yang mula membanjiri bandaraya Kuala Lumpur.

Puluhan anggota polis dilihat membentengi penghadang di sekitar Dataran Merdeka, lokasi sambutan Hari Kemerdekaan Isnin ini.

Selain itu, sekatan jalan raya juga dilakukan di beberapa laluan utama memasuki ibu negara antaranya di Lebuhraya Lembah Klang Utara sebelum keluar ke Subang, Lebuhraya Kesas di hadapan Proton, Bulatan Batu Caves dan Jalan Sungei Besi.

Beberapa kelompok peserta perhimpunan dilihat berkumpul di Dataran Maybank di Pudu, Pasar Seni, Masjid Negara, pusat membeli belah Sogo dan Brickfields.

Di Kuching, Polis Sarawak mengambil langkah awal dengan menutup semua laluan menuju Padang Merdeka, sejak jam 9.30 pagi Sabtu dan dijangka berterusan hingga tengah malam Ahad.

Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem sebelum ini berkata, kerajaan negeri sudah memberi kebenaran kepada penganjur Bersih 4 untuk mengadakan perhimpunan di Padang Song Kheng Hai.

“Namun jika berlaku perarakan, ia memerlukan permit polis,” katanya.

Perhimpunan Bersih 4.0 dijangkakan bermula jam 2 petang ini di Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu.

UTAMAPOLITIK#BERSIH 4: Pelancong AS cedera berasak-asak dengan peserta

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium