Najib ikrar tidak biarkan Malaysia jatuh, kesal puak cetek minda - pakdin.my

amanat-najib-tidak-biar-malaysia-jatuh

Datuk Seri Najib Razak berikrar, tidak akan membiarkan Malaysia jatuh, malah akan terus membangunkan tanah air supaya kekal makmur di persada dunia.

Perdana Menteri berkata, beliau dan timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta barisan pentadbiran yang lain akan meneruskan usaha itu walau apa pun cabaran yang mendatang serta dugaan yang melanda.

Menyampaikan Amanat Hari Kebangsaan 2015 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Ahad malam Najib turut melahirkan kekesalannya atas tindakan segelintir pihak yang mencetuskan bibit persengketaan serta api permusuhan menjelang ulang tahun kemerdekaan negara.

“Sesungguhnya, kami tidak akan membenarkan sesiapa sahaja, sama ada dari dalam atau luar (negara), untuk dengan mudahnya datang dan mencuri, merosakkan atau memusnahkan apa yang telah kami bina selama ini.

“Beringatlah semua, jika kita tidak bersatu, hilang solidariti dan hilang kesepaduan, segala masalah tidak akan dapat diselesaikan, bahkan segala yang kita bina secara susah payah selama ini akan hancur begitu sahaja,” katanya.

Beliau yang membidas perhimpunan haram BERSIH 4.0 dengan menyifatkan pesertanya sebagai berminda cetek.

Malah beliau turut menyuarakan rasa kesal terhadap perhimpunan itu yang merosakkan suasana sambutan ambang kemerdekaan.

Ini merupakan kali kedua Najib menyampaikan Amanat Hari Kebangsaan secaralangsung di hadapan khalayak ramai tanpa rakaman terlebih dahulu seperti amalan biasa dan ia disiarkan secara langsung oleh radio dan televisyen.

Majlis itu dikelolakan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia dengan kerjasama Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).

Perdana Menteri turut mengajak para hadirin merenung dan menghayati sedalam-dalamnya erti kemerdekaan, serta jasa bakti para parajurit dan anggota keselamatan yang telah berkorban bagi menjamin rakyat dapat hidup dalam keadaan aman dan sentosa.

“Kerana itulah kita menolak sebarang bentuk demonstrasi jalanan yang boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam dan hanya menyusahkan rakyat, kerana ia tidak langsung mencerminkan kematangan, bahkan ia bukanlah sebagai saluran yang betul untuk menyuarakan pandangan dalam sebuah negara demokrasi,” kata Najib.

Menurutnya apa yang berlaku sehari dua ini amat tidak wajar, serta mempamerkan kecetekan minda dan miskin semangat kebangsaan, kata Najib yang jelas merujuk kepada perhimpunan Bersih 4 di ibu negara, Kota Kinabalu dan Kuching.

Ke arah itu, beliau terus mengajak rakyat Malaysia memberi penghargaan dan penghormatan kepada susah payah anggota keselamatan dalam memastikan kerukunan dapat terus dikecapi pada setiap masa.

Bersih4 2Tegas Najib, kemerdekaan yang mengajar sesebuah watan itu berdiri di ataskaki sendiri, hanya datang sekali dan bukanlah barang mainan, justeru ia harus dijaga, dipupuk dan dipelihara sebaik-baiknya.

“Saya berdiri di sini, dan berucap sebagai warga Malaysia yang bersemangat serta bangga dan ingin menyatakan dengan tegas bahawa negara serta tanah air ini adalah milik setiap seorang daripada kita dan kita tidak akan membenarkan sesiapa pun menjadi dalang serta pengkhianat untuk memusnahkannya.

“Bersabit itu juga, jangan ada sesiapa yang cuba mengadu domba meski apapun akan berlaku, biar berdentum guruh di langit, walau bumi berkeping dua…persarikatan mulia antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung bak pesan orang-orang lama, bercerai kasih bertalak tidak, ibarat besi terpatri mati,” katanya.

Dalam ucapan kira-kira 40 minit itu, perdana menteri turut menjelaskanmengapa kemerdekaan begitu dekat dengan hati orang Melayu, Umno dan Barisan Nasional.

“Kerana kemerdekaan inilah lambang kemuncaknya perjuangan, tanda tingginya kesungguhan dan bukti sifat penuh berani oleh orang-orang Melayu, Umno dan rakan-rakan parti komponen, demi membina sebuah negara bangsa,” katanya.

UTAMAPOLITIKNajib ikrar tidak biarkan Malaysia jatuh, kesal puak cetek minda

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium