Malik Kassim Cuba Sembunyi Sesuatu Isu Pembesar Suara Pulau Pinang ? - pakdin.my

masjid-pulau-pinang-azan

ASSU – Yang menimbulkan persoalan pembesar suara di Pulau Pinang ialah :

1. Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri akan dibincangkan dalam mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang majoritinya terdiri daripada bukan Islam? Macam mana tu?

2. Apakah benar hanya 10 aduan sahaja yang diterima JHAEIPP sejak Januari 2012 hingga Mei 2015?

3. Jika merujuk wikipedia https://ms.wikipedia.org/wiki/Senarai_masjid_di_Pulau_Pinang , terdapat 194 masjid di seluruh negeri Pulau Pinang. Jumlah surau pula tentu beratus-ratus.

4. Beratus masjid dan surau berbanding hanya 10 aduan sahaja. Dan jika dalam tempoh 3 tahun itu hanya sedikit itu sahaja aduannya, apakah ia sudah cukup untuk JHAEIPP mengubah kebiasaan penggunaan pembesar suara di luar masjid dan surau?

5. Dan apakah 10 aduan itu datang dari 10 kawasan sahaja atau di kawasan yang sama?

6. Jika ya, kenapa beratus-ratus dan majoriti masjid dan surau yang lain dilibatkan di dalam menafikan penggunaan pembesar suara di luar masjid dan surau?

7. Dan jika rujuk kepada laporan di atas, kaum Cina yang majoriti di Pulau Pinang pun tiada masaalah dan tidak membuat sebarang aduan, satu pendedahan yang sangat menarik. Dilaporkan bahawa hanya orang Islam sahaja yang membuat aduan!

8. Kata mudah, kaum bukan Islam tiada masaalah tetapi orang Islam yang lebih-lebih, untuk jaga hati pemerintahan DAP.

9. Atau apakah ada info lain yang tidak diberitahu oleh Malik Kassim dan kerajaan DAP Pulau Pinang?

Lebih baik mereka berterus-terang, daripada terus menerus memperbodohkan rakyat. Semata-mata mahu mengikut arahan dari Lim Guan Eng dan DAP.

UTAMAGAYA HIDUPAGAMAMalik Kassim Cuba Sembunyi Sesuatu Isu Pembesar Suara Pulau Pinang ?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium