Ringgit mengukuh, 4.2150 berbanding dolar AS - pakdin.my

ringgit_rendah

Ringgit mengukuh berbanding dolar AS hari ini, sesi ketiga berturut-turut, dirangsang oleh kenaikan harga minyak mentah dan data ekonomi domestik yang teguh, kata seorang peniaga.

Pada jam 5 petang, ringgit disebut harga 4.2150/2250 berbanding dolar AS daripada 4.3720/3770 pada Selasa.


Peniaga berkata, kenaikan harga minyak meningkatkan keyakinan pelabur terhadap ekonomi Malaysia yang mencerminkan pendapatan seberang laut.
“Prestasi eksport yang kukuh pada Ogos dengan lebihan dagangan berkembang kepada RM10.19 bilion, turut menyumbang kepada momentum kenaikan,” kata peniaga itu.

Bagi bulan dalam semakan, eksport Malaysia tumbuh 4.1 peratus kepada RM66.53 bilion dan import susut 6.1 peratus kepada RM56.34 bilion.

Trend menaik pasaran tempatan juga seiring dengan pasaran serantau, disokong oleh kelemahan dolar AS, kata peniaga itu.

Ringgit turut mengukuh berbanding mata wang utama lain, terutama dolar Singapura yang menyaksikan unit tempatan pada paras tertinggi dalam tempoh lima minggu dengan merekodkan bawah paras 3.00.

Ia menokok kepada 2.9780/9861 berbanding dolar Singapura daripada 3.0653/0699 pada Selasa dan meningkat berbanding yen kepada 3.5105/3197 daripada 3.6318/6375.

Mata wang tempatan meningkat berbanding pound sterling kepada 6.4473/4651 daripada 6.6323/6408 dan mengukuh berbanding euro pada 4.7381/7497 berbanding 4.8993/8053 sebelum ini.

UTAMAEKONOMIRinggit mengukuh, 4.2150 berbanding dolar AS

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium