TMJ kini berambut perang - pakdin.my

tmj-rambut-perang

Penaung Diraja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim kini tampil dengan fesyen rambut baharu.

Wajah baharu Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang berambut perang itu disiarkan menerusi laman web Johor Southern Tigers, beberapa jam lalu.

Berikut disiarkan wawancara baginda bersama wartawan laman web berkenaan mengenai rambut baharunya itu:

Wartawan: Ampun Tunku, baru-baru ini Tunku telah mewarnakan rambut, dan ini menimbulkan pelbagai reaksi dan komen. Mengapa Tunku melakukannya.

TMJ: Saya melakukannya untuk suka-suka sahaja, rambut saya pun. Sekiranya esok saya mewarnakannya biru atau merah, ataupun mencukurnya terus, itu urusan saya. Lagipun bukannya ia akan kekal begini, tak lama lagi hitam semula, jadi saya tak kisah apa kata orang. Hanya Tuhan sahaja yang berhak menghakimi saya.

Wartawan: Adakah terdapat apa-apa yang Tunku ingin sampaikan kepada segelintir mereka yang negatif tersebut?

TMJ: Ayahanda saya selalu berpesan, urusan yang paling baik adalah menjaga urusan sendiri.

Dahulu saya selalu terasa hati apabila orang mengatakan perkara negatif berkenaan saya, tetapi kini saya tidak mempedulikannya. Biar saya kongsikan kepada anda satu cerita.

Suatu hari, pihak PDRM telah menunjukkan saya gambar dua orang individu yang ditahan kerana memfitnah dan memburukkan saya dan keluarga saya. Setelah melihat rupa “keyboard warrior” tersebut, saya tidak marah lagi kerana saya sedar mengapa mereka begini dan seolah olah mereka ini tiada kerja lain.

Saya tidak menyalahkan mereka, kerana kalau saya ada wajah sebegitu, tentu saya pun akan bencikan seluruh dunia.

Apapun, saya doakan agar Allah S.W.T sentiasa merahmati mereka.

Wartawan: Menjunjung kasih, Tunku.

TMJ: Sama-sama.

UTAMATMJ kini berambut perang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium