UtamaTiada DNA Khinzir Dalam...

Tiada DNA Khinzir Dalam Vaksin - pakdin.my

Jadual vaksin percuma untuk kanak-kanak
Jadual vaksin percuma untuk kanak-kanak

Orang ramai tidak perlu khuatir kerana tiada vaksin yang diberikan kepada bayi baharu lahir mengandungi sebarang asid deoksiribonukleik (DNA) khinzir, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya.

Beliau berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melakukan pemeriksaan menyeluruh terhadap sampel vaksin bagi memastikan tiada sampel yang mengandungi DNA haiwan itu.

“Kita periksa semua sekali vaksin yang diberikan oleh KKM dan memang tak ada langsung DNA khinzir, kita pun faham dan saya tahu tidak boleh bagi, mungkin timbul masalah apabila masyarakat terbaca buku oleh Jerry D Gray, seorang mualaf dan bekas tentera yang menulis tentang perkara ini,” katanya di Dewan Rakyat di sini, Isnin.

Beliau menjawab soalan Dr. Che Rosli bin Che Mat (PAS-Hulu Langat) yang meminta Menteri Kesihatan menyatakan adakah benar wujud Gerakan Antivaksin serta hujah mereka dan sejauh mana kebenaran ibu bapa muda yang menolak pemberian vaksin kepada anak mereka sejak bayi.

Beliau berkata antara hujah Gerakan Antivaksin yang wujud di media sosial adalah berhubung status halal sesuatu vaksin bagi orang beragama Islam serta program imunisasi bertujuan melemahkan umat Islam dengan mengandungi bahan haram; amalan perubatan homeopati dan tradisional yang dipercayai lebih selamat dan berkesan dan vaksin yang mengandungi bahan berbahaya dan boleh mengancam kesihata dan nyawa.

“Gerakan ini juga menyuarakan kerisauan mereka terhadap kesan sampingan vaksin, dan menyatakan tiada lagi penyakit berjangkit yang boleh dicegah melalui vaksinasi serta pengaruh sosial media tentang keburukan vaksin,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Hilmi berkata berdasarkan pemantauan KKM dari data klinik kesihatan menunjukkan bilangan kes-kes yang menolak vaksin di kalangan ibu bapa meningkat dari 470 kes pada 2013 kepada 1,292 kes (2014) dan 1,054 kes sehingga bulan Mei lepas.

Katanya kejadian penyakit cegahan vaksin dalam negara menunjukkan peningkatan dalam tempoh tiga hingga lima tahun lepas.

“Bilangan kes measles (campak) meningkat dari 235 kes pada 2014 kepada 539 kes sehingga September lepas, manakala penyakit Pertsis (batuk kokol) pula bertambah dari 497 kes(2014) kepada 655 kes tahun ini,” katanya.

Manakala bilangan kes Tetanus (kancing gigi) juga meningkat hampir dua kali ganda daripada 12 kes pada 2014 kepada 22 kes sehingga September lepas, katanya.

“Namun begitu trend peningkatan ini bukan hanya disebabkan faktor gerakan antivaksin tetapi merangkumi kurang kefahaman tentang kaedah pencegahan, kelewatan mendapatkan rawatan, kelemahan aspek pengurusan kes dan kontak serta peningkatan kedatangan warga asing yang tidak diketahui status vaksinasi mereka,” katanya.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Kereta api barang ke Malaysia tergelincir di Songkhla, siasatan sedang dijalankan

Penyiasat sedang mengenal pasti sama ada ia adalah kemalangan atau serangan oleh pemberontak di Selatan. Tren No 707 dari daerah Hat Yai, Songkhla ke Padang...

[VIDEO] Wanita warga emas maut kenderaan jatuh sungai di Marang

MARANG - Seorang wanita warga emas maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas lalu terjatuh dari jambatan ke dalam sungai di Kampung...

[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL

Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira pukul petang tadi. Kuala Lumpur Command & Control Centre...

[VIDEO] Dadah: Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan

Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas. Panel...

[VIDEO] Piala Dunia: Senegal sahkan kemaraan selepas benam Ecuador

AR-RAYYAN – Senegal mengesahkan slot kedua daripada Kumpulan A yang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia apabila berjaya menewaskan Ecuador 2-1 pada aksi...

[VIDEO] Piala Dunia : Belanda menang bergaya, Qatar merana

DOHA – Pasukan Belanda menutup aksi peringkat Kumpulan A dengan bergaya selepas membenam pasukan tuan rumah, Qatar 2-0 sekali gus melepasi sasaran awal melangkah...

Dakwa PM ejen Israel, Hadi Awang disiasat

Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...

Banduan boleh menonton Piala Dunia FIFA di penjara Thai

Jika anda pelaku utama jenayah, tetapi juga peminat utama bola sepak, anda mungkin tidak digalakkan untuk melakukan jenayah kerana takut terlepas Piala Dunia FIFA...