BERITALelaki maut tercampak dari Jambatan Pulau Pinang

Lelaki maut tercampak dari Jambatan Pulau Pinang

maut-tercampak-jambatan-pulau-pinang

BUTTERWORTH  — Seorang lelaki maut selepas tercampak dari Jambatan Pulau Pinang setelah kereta yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 0.6 jambatan berkenaan menghala ke Perai, di sini awal pagi ini.

Semasa kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, mangsa berusia 30-an menaiki kereta itu bersama empat rakannya apabila kenderaan jenis Proton Iswara berkenaan hilang kawalan sehingga terbabas dan melanggar tembok di bahagian kiri.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Perai, Penguasa Bomba Kanan II Nasir Idris berkata mangsa yang dipercayai duduk di tempat penumpang hadapan tercampak dari atas jambatan setinggi lima meter menyebabkan lelaki itu mengalami kecederaan parah.

Katanya mayat mangsa dijumpai di kawasan tanah berdekatan laluan pusingan U di bawah jambatan itu.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala empat lagi rakannya hanya mengalami cedera ringan dan dihantar ke Hospital Seberang Jaya bagi mendapatkan rawatan,” katanya.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Double standard Madani: Johor dapat e-ART LOI konsesi PPP, kubu DAP Pulau Pinang LRT dibiaya penuh

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami