UtamaEDITORIAL1MDB1MDB: Reaksi Arul Kanda...

1MDB: Reaksi Arul Kanda apabila diasak soalan 'panas' (video) - pakdin.my

majlis-peneranga - perdana-sambutan

Memang tidak boleh dinafikan majlis Penerangan Perdana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) dan Bajet 2016 mendapat sambutan ramai apabila penganjur menyatakan kira-kira 2,500 hadir pada majlis itu.

Majlis yang dianjurkan UMNO tersebut adalah untuk menerangkan isu berkaitan 1MDB, TPPA dan Bajet 2016 kepada rakyat.

Antara yang menjadi perhatian adalah ketika sesi jawab bersama Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy.

Arul Kanda dilihat ‘diasak’ beberapa soalan panas mengenai isu syarikat pelaburan milik kementerian kewangan itu.

Seorang ahli UMNO Machang bertanyakan kenapa majlis itu tidak diadakan untuk pemimpin pembangkang dan pengkritik kerajaan, agar golongan itu dapat memahami isu tersebut daripada melontarkan tohmahan.

Pihak yang dimaksudkan itu termasuklah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

Menurutnya, penonton yang menghadiri berkenaan sudah memahami mengenai apa yang berlaku pada 1MDB.


“Kenapa tidak ajak Tun M atau Lim Kit Siang datang majlis penerangan 1MDB?”

Arul dengan tenang menjawab soalan lelaki tersebut: “Berkenaan dengan soalan kenapa tidak dijemput orang yang tidak faham atau buat-buat tidak faham mengenai isu 1MDB, setahu saya Datuk Ahmad Maslan telah membuka jemputan kepada semua pihak.

“Beliau begitu jelas mengatakan sesiapa sahaja dijemput untuk hadir pada majlis hari ini (Sabtu). Tidak kisah daripada kerajaan atau pembangkang. Kita tidak ada apa-apa yang hendak disembunyikan.”

Isu debat 1MDB turut menjadi tanda tanya penonton majlis berkenaan. Ada antara mereka bertanya mengapa tidak menjemput Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli atau Ahli DAP Tony Pua untuk mengadakan sahaja debat tersebut pada majlis ini.

“InsyaAllah kami akan berjumpa sesiapa sahaja yang ingin berjumpa dengan kami. Kalau Rafizi, atau Tony Pua atau kedua-duanya sekali pun boleh jumpa sekali. Tiada masalah,” kata Arul Kanda penuh keyakinan.

Jawapan beliau kemudiannya menerima sorakan dan tepukan gemuruh daripada penonton majlis penerangan perdana itu.

Permintaan aneh

Turut menarik perhatian adalah apabila terdapat seorang wanita yang bertanyakan sama ada Arul Kanda sudi minum bersamanya.

Soalan wanita berkenaan sememangnya mengundang pelbagai reaksi daripada penonton majlis berkenaan. Reaksi Arul Kanda terhadap usikan atau permintaan aneh itu adalah seperti berikut:


Apakah jawapan Arul Kanda Kandasamy apabila dipelawa untuk minum kopi oleh seorang wanita?

Majlis ini menyaksikan semua kerusi di dalam dewan dipenuhi dan ada yang terpaksa berdiri bagi mendengar sesi penerangan yang bermula 8.45 pagi itu.

Orang ramai yang tidak dapat masuk ke dalam dewan itu pula dilihat sanggup duduk bersila di luar dewan dan menyaksikan majlis itu melalui tayangan layar putih.

Majlis yang turut dianjur bersama Kelab Alumni UMNO Luar Negara ini merupakan lanjutan daripada siri Dialog Isu Nasional yang diadakan di seluruh negara sejak bulan lepas.

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

‘Aplikasi Telegram Perdana Menteri digodam’ – ini jawapan dari Pasukan Telegram

Ini jawapan dari Pasukan Telegram: PUBLIC NOTICE  On 8 August , we were informed that personal Telegram accounts belonging to the Prime Minster and Minister of...

Siapakah peguam bela bagi kes rasuah Datuk Latif Bandi..??

Rupanya peguam dia adalah Datuk Hasnal Rezuar Merican.. Siapakah Datuk Hasnal Rezuar Merican..? Rupanya beliau adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Selayang.Dan menetap di Dun Kuang dalam...

Bot penyeludup karam: Seorang maut, 35 pendatang asing diselamatkan

SHAH ALAM  -- Seramai 35 pendatang asing tanpa izin berjaya diselamatkan kru sebuah kapal tangki milik syarikat swasta, manakala seorang lelaki maut apabila bot...

Rakyat M’sia berkahwin di selatan Thailand dinasihat tidak lengahkan pendaftaran perkahwinan

PHUKET -- Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid menasihati rakyat Malaysia yang berkahwin di Selatan Thailand supaya tidak melengahkan pendaftaran perkahwinan...

[VIDEO] Ribut terbangkan khemah program Bekwoh Keluarga Malaysia

TUMPAT: Kawasan Pantai Geting, di sini, yang turut menjadi lokasi penganjuran Program Bekwoh Keluarga Malaysia Rakyat Tumpat dilanda ribut malam tadi 6 Ogos 2022. Keadaan...

[VIDEO] Tiga beranak maut kemalangan

KOTA KINABALU: Tiga beranak maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas malam tadi 5...

Remaja parah langgar gajah

Kluang: Seorang pelajar sekolah menengah parah selepas terlanggar gajah di Jalan Kota Tinggi - Kluang berdekatan Taman Seri Impian di sini, kira-kira 10 malam...

[VIDEO] Perahu karam, budak lelaki 10 tahun hilang

KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas apabila perahu yang dinaikinya bersama keluarga karam dalam kejadian di Sungai Rajang, Kapit, di...

Potong rambut panjang, pelajar serang guru guna batang penyapu

HULU SELANGOR: Seorang pelajar Tingkatan Tiga tergamak menyerang gurunya dengan batang penyapu sambil mengugut mahu membunuh mangsa, kerana berang rambutnya yang panjang dipotong dalam...

[VIDEO] Rasuah: Pemilik syarikat agensi pekerjaan antara dua lelaki ditahan SPRM

KUALA LUMPUR -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli perniagaan dan seorang pemilik syarikat agensi pekerjaan bagi membantu siasatan kes rasuah mendapatkan...

“Hitam Celah Paha Itu Normal” Doktor Pakar Bidas Jualan Produk Pemutih Buat Ibu Mengandung

Pakar perubatan, Dr. Amirah Azlan membidas segelintir peniaga produk kewanitaan yang gemar membuat promosi ‘murahan’ dengan memberi teori-teori kesihatan salah serta menakutkan masyarakat. Seperti yang...

Alat sulit ‘patah’ ketika hubungan intim ganas dengan isteri

JAKARTA – Alat sulit seorang lelaki berusia 50 tahun di Indonesia dipercayai ‘patah’ melakukan hubungan intim ganas bersama isterinya, lapor portal berita MailOnline semalam. Lelaki...