Kerajaan Serah Kepada Polis Siasat Pertemuan Nurul Izzah-Jacel Kiram

nurul-izzah-jacel-kiram-pengganas

Kerajaan menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan berhubung pertemuan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dengan Jacel H. Kiram, anak perempuan bekas ketua pengganas kumpulan bersenjata Sulu, Jamalul Kiram III.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kertas siasatan mengenainya kemudiannya akan diserahkan kepada Peguam Negara untuk sebarang tindakan lanjut.

“Dalam hal ini kerajaan berpendapat pertemuan itu sangat tidak dialu-alukan kerana seolah-olah mencabar dan meletakkan orang Sabah sebagai mangsa kepada perbuatan yang dilakukan Kesultanan Sulu, khususnya keluarga Jamalul Kiram,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

Terdahulu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, menerima kunjungan hormat Menteri Koordinator Politik, Hukum dan Keamanan Indonesia Luhut Binsar Panjaitand.

Isu itu tercetus selepas beberapa keping gambar yang memaparkan pertemuan Nurul Izzah dengan Jacel dimuat naik ke laman faceboook yang kemudiannya menjadi viral.

Ahmad Zahid berkata secara amnya kerajaan terbuka dan meraikan perbezaan pendapat di kalangan ahli politik yang berbeza pandangan dalam sesuatu isu, namun menegaskan perkara itu tidak seharusnya berlaku apabila melibatkan soal keselamatan dan kedaulatan pertahanan negara.

Menyifatkan tindakan Anggota Parlimen Lembah Pantai itu sebagai sangat tidak dialu-alukan, beliau berkata pertemuan itu juga seolah-olah satu ‘pengiktirafan’ oleh Nurul Izzah kepada Kesultanan Sulu yang berada di belakang tabir insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu pada 2013.

Timbalan perdana menteri berkata peristiwa pencerobohan di Lahad Datu bukan kes terasing dan bukan hanya kes politik, sebaliknya melibatkan soal keselamatan, kedaulatan serta pertahanan negara.

“…dan jika ada mana-mana ahli politik bertemu dengan pihak yang menjadi dalang dalam peristiwa Lahad Datu, ertinya secara tidak langsung menunjukkan pengiktirafan individu atau parti politik berkenaan terhadap mereka yang menceroboh negara,” katanya.

Facebook Comments

BERKAITAN

TERKINI

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...

Dr Mahahir lindungi Muhyiddin daripada didakwa – Razlan

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Razlan Rafii mendakwa berlaku pendakwaan terpilih ketika pentadbiran Mahathir Mohamad, susulan laporan Muhyiddin Yassin dikatakan menerima dana daripada Ultra...

Benarkah Muhyiddin sedang di rawat ketika dikatakan menerima wang dari UKSB?

"Saya sedang rawat kanser. Tak mungkin terima sogokan" Katanya, ini kerana antara Jun hingga Ogos 2018 beliau menjalani pembedahan kanser dan kemudian mengambil cuti selama...

[Video] Tragedi 15 rumah terbakar di Petagas

PUTATAN: Lebih 10 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Contoh, Petagas, di sini, malam tadi. Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim, berkata...

[Video] DUA pelajar pondok di temui terapung dalam keadaan berpelukan

KOTA BHARU: Dua pelajar sebuah pondok di Pasir Tumboh di sini, yang hilang di Sungai Machang, Limbat, petang semalam ditemukan lemas, jam 8.40 pagi...