BERITA6 pekerja kilang cedera, bas persiaran terbabas di Bukit Tagar

6 pekerja kilang cedera, bas persiaran terbabas di Bukit Tagar

6 pekerja kilang cedera, bas persiaran terbabas di Bukit Tagar

Seramai enam daripada 43 pekerja kilang penumpang sebuah bas persiaran cedera apabila kenderaan itu terbabas ke dalam longkang di Kilometer 421.5, Lebuh Raya Utara Selatan menghala ke utara dekat Bukit Tagar, hari ini.

Mangsa yang cedera dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu ialah dua lelaki dan empat wanita.

Menurut Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Radzi Hassan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.35 malam dan tiba ke lokasi kejadian 30 minit kemudian.

“10 anggota bertugas membantu mengeluarkan mangsa-mangsa yang cedera.

“Kesemua mereka kemudian dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Kuala Kubu Bharu

Terkini:

Keyakinan pendeposit “kekal utuh”

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami