Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaPOLITIKPerasmian Mesyuarat Ketiga-tiga Sayap...

Perasmian Mesyuarat Ketiga-tiga Sayap UMNO Tanpa Timbalan Presiden Bukan Isu - pakdin.my

meayuarat-mt-umno-151124

Mesyuarat perwakilan ketiga-tiga sayap UMNO – Wanita, Pemuda dan Puteri pada Perhimpunan Agung UMNO bulan depan yang tidak akan dirasmikan timbalan presiden parti, bukanlah satu isu yang perlu diperbesarkan sehingga boleh menjejaskan parti.

Beberapa veteran UMNO berpendapat polemik berterusan yang ditimbulkan sebelum ini hanya akan melemahkan parti terbesar orang Melayu itu terutama di peringkat akar umbi.

Bekas Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz berpendapat, apa yang lebih utama adalah pucuk pimpinan di semua peringkat akar umbi perlu melaksanakan tanggungjawab sepenuh hati dan lebih serius dalam memperjuangkan matlamat parti.

“Soal perasmian adalah perkara kecil… yang penting mulai sekarang kerja-kerja di akar umbi dijalankan dengan komitmen dan serius. Sengketa antara pemimpin jangan menjadi punca UMNO berpecah di akar umbi.

“Individu tidak penting… kerana individu akan datang dan pergi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Rafidah berkata yang menjadi keutamaan sekarang adalah perjuangan anggota UMNO untuk kepentingan parti, bukan untuk individu tertentu.

Beliau menegaskan, UMNO perlu diperkukuhkan sekiranya mahu terus relevan dan meneraju negara.

Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini memutuskan bahawa ketiga-tiga mesyuarat itu akan dirasmikan oleh ketua pergerakan masing-masing.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO berkata keputusan itu dibuat berikutan cadangan daripada semua sayap berkenaan.

Sementara itu, bekas Anggota MT Tan Sri Syed Hamid Albar pula berkata keputusan itu bukan sesuatu yang bercanggah dengan perlembagaan parti meskipun hakikatnya ia menjadi amalan parti itu sebelum ini.

Beliau berkata perubahan sesuatu amalan dalam parti boleh berlaku sekiranya telah mendapat persetujuan termasuk daripada MT UMNO.

“Jadi, apa sahaja amalan yang dipraktikkan selama ini tetapi kemudiannya mendapat persetujuan untuk merombak amalan itu, perkara itu bukan satu yang di luar kelaziman,” kata Syed Hamid.

Beliau berkata keputusan baharu yang dibuat boleh mengatasi apa-apa sahaja ketetapan atau amalan selagi mana perkara itu tidak bercanggah dengan perlembagaan parti.

“Mungkin isu ini akan menjadi persoalan dan teka-teki dalam kalangan para pemerhati politik, tapi saya nampak persoalan itu pun telah dijawab oleh Presiden UMNO,” katanya.

Sementara itu, Datuk Abu Bakar Lajim berkata mana-mana individu tidak harus beremosi dengan keputusan yang diambil oleh MT UMNO itu.

“Perubahan ini dilakukan oleh presiden parti mengikut kehendak ramai dan keputusan yang ditetapkan pada hari ini sebenarnya membuka peluang kepada ketua perwakilan sayap Wanita, Puteri dan Pemuda kerana golongan muda ini yang akan memimpin parti pada kemudian hari.

“Dengan ini, pengikut setiap sayap akan dapat melihat kemampuan ketua mereka dalam membawa agenda-agenda parti kerana kini UMNO itu dipimpin oleh pucuk kepimpinan yang berpandangan jauh,” katanya ketika dihubungi.

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Rumput Stadium Bukit Jalil laku keras disimpan buat kenangan

Pengambilan ini terhad kepada empat petak rumput padang bagi setiap orang dalam ukuran 1 x 1 kaki dan orang awam diminta membawa bekas sendiri yang bersesuaian. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163040

PKBM terima laporan gangguan seksual atlet berbasikal wanita

Kali terakhir kem berbasikal negara terpalit dengan isu gangguan seksual ialah pada tahun 1989 dan selepas itu kita sentiasa mengingatkan jurulatih dan pelumba basikal, supaya menjaga batasan masing-masing. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163030

[VIDEO] Kesilapan peguam punca Najib meringkuk dalam penjara, kata Hakim Besar Sabah dan Sarawak

Adalah tidak adil bagi bekas perdana menteri itu terpaksa menanggung akibat daripada kesilapan dilakukan peguamnya dalam prosiding rayuan kes membabitkan dana SRC International Sdn Bhd. - Datuk Abdul Rahman Sebli, Hakim Besar Sabah dan Sarawak BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163020

[VIDEO] Kangar dilanda ribut, rumah dan gerai bazar Ramadan rosak

Tinjauan mendapati, banyak premis jualan makanan dan minuman serta premis menjual pakaian bagi menyambut Aidilfitri rosak selepas bumbung dan gerai mereka diterbangkan angin ribut. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163010

Mahkamah jenayah Kuwait jatuhkan hukuman penjara 10 Tahun ke atas Jho Low

Pihak Pendakwa Raya juga mendakwa mereka sebagai “kumpulan penjenayah terancang" telah melakukan pengubahan wang haram dalam mata wang China, iaitu sebanyak 343 juta Renminbi (RM4.95 bilion), dan mengetahui bahawa dana itu adalah hasil daripada jenayah, kecurian wang dan pelaburan dana sovereign fund Malaysia. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162999

[VIDEO] Malaysia benam Hong Kong 2-0, tutup siri aksi persahabatan dengan bergaya

Ia kemenangan kedua skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon, dalam jendela perlawanan antarabangsa FIFA dari 20-28 Mac selepas mengatasi Turkmenistan 1-0 di venue sama, Khamis lepas. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162987

[VIDEO] MINDEF terima 50 ambulans, perkasa tahap perkhidmatan Kor Kesihatan ATM

Penerimaan aset-aset berkenaan adalah amat penting untuk mutu perkhidmatan Kor Kesihatan ATM dapat dipertingkatkan agar hal ehwal anggota akan terus menjadi keutamaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162976

Isteri maut, suami kritikal keracunan makan ikan buntal

“Siasatan dibuat mendapati, ikan yang dipesan mereka datang daripada seorang nelayan di Endau, Mersing dan diproses oleh pengedar di Batu Pahat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162963

[VIDEO] Pelukis pelan didakwa hantar komunikasi jelik

Muhammad Firdaus Embong, 39, selaku orang kena saman (OKS) didakwa menggunakan aplikasi Facebook 'Firdaus Embong' untuk membuat dan memulakan penghantaran komunikasi berbentuk gambar dan teks yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakiti hati orang lain BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162952

[VIDEO] Detik-detik kubah Masjid Tifatul runtuh ketika Salat Tarawih, 14 Jemaah cedera

Akibatnya, sekurang-kurangnya 14 mangsa dcedera dan 5 daripadanya dikejarkan ke hospital berhampiran, akibat kecederaan parah. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162939

[VIDEO] Mahkamah Rayuan benar permohonan Ahmad Zahid dapatkan pasport secara kekal

Menerusi afidavit sokongan, Ahmad Zahid berkata hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dan salah dalam menggunakan budi bicara ketika menolak permohonannya untuk mendapatkan dokumen itu secara kekal. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162928

[VIDEO] Pemilihan UMNO Bawa Gelombang Baharu, Bersama Rapatkan Saf Demi Pengukuhan – Zahid

Saya harus bersama-sama dengan mereka untuk membina kekuatan baharu dan merapatkan saf barisan kepimpinan di setiap peringkat,” katanya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162918