Nurul Izzah disiasat di bawah Sosma - pakdin.my

tian-chua-sulu

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar disiasat di bawah Seksyen 124 Kanun Ke­seksaan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah) Khas 2012 (Sosma) ekoran pertemuannya dengan Jacel H. Kiram baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, pada masa ini pihaknya sedang menunggu tarikh yang sesuai daripada Nurul Izzah bagi meminta beliau tampil membantu siasatan berhubung tindakannya bertemu anak bekas ketua kumpulan bersenjata Sulu, Jamalul Kiram III.

“Kita telah berhubung dengan pihak Nurul Izzah untuk memanggil beliau bagi merakam percakapan tetapi sehingga hari ini kita masih gagal bertemu dengannya kerana komitmen beliau dengan tugas-tugas harian.

“Kita sentiasa berhubung dengannya untuk mendapatkan masa sesuai,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penutupan International Conference On Human Trafficking di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut Mohmad, polis memberi tempoh dua hari kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai untuk tampil bertemu dengan pihaknya bagi membantu siasatan.

Tambahnya, sehingga kini terdapat lebih 90 laporan polis dibuat ke atas Nurul Izzah yang diterimanya di seluruh negara.

Pada 9 November lalu, anak perempuan Jamalul Kiram III memuat naik gambar pertemuannya dengan Nurul Izzah yang berkunjung ke Manila, Filipina di laman Facebook peribadinya.

Malah, dalam gambar tersebut, kedua-dua mereka memegang poster ‘Bebaskan Anwar Serta-Merta’.

Dalam pada itu, ketika ditanya tentang tuntutan mayat bekas Timbalan Pendakwa Raya, Anthony Kevin Morais yang mati dalam pembunuhan kejam pada 4 September lalu, Mohmad memberitahu, ahli keluarga mangsa sudah menuntut mayat tersebut semalam.

“Tuntutan tersebut tiada kaitan dengan siasatan malah, kes tersebut sudah selesai. Kita sudah melakukan tangkapan dan suspek telah dituduh,” ujarnya.

UTAMABERITANurul Izzah disiasat di bawah Sosma

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium