Friday, June 21, 2024
26.6 C
Kuala Lumpur

TPPA : Pengecualian diperolehi Malaysia kecewakan pakar perdagangan – Tiada komporomi pemilikan ekonomi Bumiputera- pakdin.my

Dr Razeen Sally TPPA

Hakikat bahawa seorang pakar perdagangan meluahkan kekecewaannya ekoran pengecualian yang diperolehi Malaysia berhubung dasar khas pembangunan Bumiputera daripada negara-negara Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) sewajarnya direnung dan dihargai semua pihak.

Ia juga sekaligus seharusnya menyedarkan pengkritik betapa kerajaan Barisan Nasional (BN) yang menerajui kepimpinan Malaysia belum bersedia untuk berkompromi dengan isu pemilikan ekonomi Bumiputera selagi belum mencapai sasaran yang ditetapkan.

Dr Razeen Sally, pakar perdagangan yang juga pengerusi politik, ekonomi dan tadbir urus, Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), berkata adalah sesuatu yang mengecewakan apabila ahli-ahli TPPA membenarkan Malaysia mendapat pengecualian besar sekaligus membolehkan kerajaan BN mengekalkan dasar khas untuk penduduk majoritinya.

“Amat menghampakan apabila pengecualian sedemikian diberikan namun saya berharap ia bukan pengakhiran cerita lantaran penambahbaikan dapat dilakukan pada komitmen sedia ada,” katanya semasa taklimat TPPA di Kuala Lumpur, Rabu.

Pengecualian itu akan membolehkan kerajaan Malaysia menafikan hak bersaing peniaga luar dalam sebarang pemerolehan kontrak sehingga tahap maksima RM380 juta sekaligus membolehkan kerajaan mengekalkan dasar 30% ekuiti Bumiputera.

Hujah Dr Razeen ialah Malaysia perlu membuka semua akses pasaran kepada persaingan untuk terus mara menjadi negara maju lantaran pertumbuhan sektor industri Malaysia sudah ke tahap tepu dan hanya pembaharuan dapat mengubahnya.

Nyatanya sudut pandang beliau ialah semata-mata faktor ekonomi sedangkan kerajaan BN mahu terus memakmurkan rakyat secara keseluruhannya dengan meningkatkan pemilikan ekuiti penduduk majoriti agar tidak terus ketinggalan dan mampu bersaing apabila sesuai masanya.

Hakikat yang cuba dinafikan Dr Razeen ialah Malaysia tidak akan berada dalam keadaan aman jika rakyat majoritinya keluh kesah malah aspek pembangunan dan kemajuan tentunya sukar untuk dilaksanakan jika suasana aman dalam negara gagal dipelihara.

Pun begitu, beliau tidak menafikan fakta betapa Malaysia perlu menjadi sebahagian daripada anggota TPPA daripada tidak.

“Dalam jangka masa panjang, manfaat berada dalam TPPA masih lebih baik daripada tidak di dalamnya,” tegas beliau.

Sewajarnya, rakyat keseluruhan perlu menghargai kesukaran yang terpaksa diharungi pasukan negara yang berusaha bertungkus lumus berjuang untuk mendapatkan pengecualian itu daripada segala macam tekanan dan desakan 11 negara anggota TPPA yang lain termasuk negara kuasa ekonomi dunia.

Pengecualian itu juga bukti bahawa kerajaan BN mendengar keluh kesah rakyat dan berusaha menangani cabaran, bukannya sekadar lantang mengkritik tetapi tidak langsung membantu menangani masalah.

Renungkanlah fakta-fakta sebegini daripada hanya menjadi burung kakak tua yang mengulangi fitnah serta tohmahan tanpa bukti yang dilontarkan secara berterusan oleh pihak yang semua rakyat tahu dan kenal.

Sesungguhnya, iya lebih berfaedah.

Berkaitan

Popular

[VIDEO] ICQS Rantau Panjang sesak, rakyat Thailand, Malaysia pulang sempena Aidiladha

Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang mengalami kesesakan sejak 14 Jun 2024, berikutan orang ramai dari Thailand dan Malaysia mula pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidiladha pada Isnin.

[VIDEO] 2 di tahan cuba seludup 69 ekor lembu dari Thailand

Tentera Darat Malaysia (TDM) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) mematahkan percubaan menyeludup masuk 69 ekor lembu bernilai RM345,000 (S$98,900) dalam operasi yang dijalankan pada Jumaat (14 Jun).

Kompleks Imigresen Padang Besar ‘melimpah’

Suasana di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar mengalami kesesakan luar biasa apabila diserbu warga Thailand yang ingin pulang menyambut Hari Raya Aidiladha hari ini.

Kerja pembinaan jambatan baharu Thailand-Malaysia di Sungai Golok akan dimulakan pada April 2025

Jambatan Berkembar, projek pembinaan besar-besaran di Rantau Panjang-Sungai Golok, dijangka bermula pada April 2025.

Jet Flydubai membuat pendaratan kecemasan di U-Tapao Thailand

Sebuah pesawat flydubai dari Dubai ke Filipina melakukan pendaratan cemas di lapangan terbang U-Tapao di Rayong, Thailand pada awal pagi Sabtu 15 Jun 2024 selepas peralatan pendaratannya gagal digunakan.

Topik

[VIDEO] Polis tembak mati dua lelaki disyaki penjenayah dalam insiden berbalas tembakan

Dua lelaki dipercayai penjenayah ditembak mati dalam insiden berbalas tembakan dengan polis di Jalan Abad di sini, petang semalam 14 Jun 2024.

[VIDEO] Kebakaran di pusat beli-belah SkyAvenue Resorts World Genting

Sebuah bangunan di Resorts World Genting di Genting Highlands terbakar petang 14 Jun 2024.

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Tindakan polis berdasarkan perundangan

Penolakan permohonan peguam untuk bertemu atau berkomunikasi dengan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika direman diputuskan mengikut peruntukan undang-undang.