GAYA HIDUPBerita kematian Jins Shamsudin palsu - Zed Zaidi

Berita kematian Jins Shamsudin palsu – Zed Zaidi

ANTARA penerangan mengenai status Jins Shamsudin di laman facebook dan twitter Persatuan Seniman Malaysia.
ANTARA penerangan mengenai status Jins Shamsudin di laman facebook dan twitter Persatuan Seniman Malaysia.

Berita kematian seniman yang juga bekas senator, Tan Sri Dr Jins Shamsudin adalah palsu, demikian menurut Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi, hari ini.

“Saya dimaklumkan oleh keluarga beliau, Jins Shamsudin berada di Temerloh ketika ini. Beliau sudah lama menghidap Alzheimer dan dalam jagaan rapi keluarganya,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau kecewa dengan penyebaran berita palsu berkenaan dan berharap pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sebagai pihak bertanggungjawab mengambil tindakan terhadap laman blog yang mengeluarkan berita palsu sedemikian.

“Janganlah menjadi pemberita yang tak bertauliah dan terlalu mengejar rating dengan berlumba untuk mengeluarkan berita terpantas tanpa pengesahan daripada pihak yang berkaitan…jagalah sensitiviti ahli keluarga mereka,” katanya.

Katanya, orang ramai boleh mendapatkan maklumat sahih mengenai perkembangan selebriti melalui laman facebook Persatuan Seniman Malaysia di www.facebook/PersatuanSenimanMalaysia atau twitter di www.twitter/senimanmalaysia.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Takhta Negeri Sembilan kembali ke Pangkuan Adat, manakala ‘Pakar Perlembagaan’ menangis di sudut

Wawa, Aeril menjadi artis Malaysia pembayar zakat tertinggi

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami