SPRM nafi Ketua Pesuruhjaya didesak letak jawatan

SPRM nafi Ketua Pesuruhjaya didesak letak jawatan

“Tan Sri Abu Kassim berpegang kepada pendirian bahawa beliau tidak akan berundur atas tekanan mana-mana pihak, melainkan keputusannya sendiri atas sebab masalah kesihatan”.

Itu antara butiran kenyataan yang dikeluarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan laporan portal berita bahawa Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed menerima tekanan untuk melepaskan jawatannya.

Menurut SPRM, kontrak Abu Kassim hanya akan tamat pada 2018 manakala persaraan wajib beliau daripada perkhidmatan awam adalah pada 2020.

“Buat masa ini, tiada tekanan mana-mana pihak yang meminta beliau menamatkan perkhidmatan di SPRM,” kata SPRM hari ini.

Beberapa portal berita sebelum ini melaporkan Abu Kassim mungkin akan digantikan sebaik selepas agensi itu menyerahkan kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara berhubung derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadi perdana menteri dan anak syarikat Kementerian Kewangan, SRC International.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Kes Renovasi Rumah Peribadi Bekas COO Tabung Haji: Isu Kecil Yang Dijadikan Kes Seksyen 165?

SPRM Dalam Proses Bawa Pulang Aset 1MDB milik Jasmine Loo

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami