Fitnah, Tohmahan Cepat Tersebar Melalui Media Sosial

Fitnah, Tohmahan Cepat Tersebar Melalui Media Sosial

Fitnah, Tohmahan Cepat Tersebar Melalui Media Sosial

Kewujudan media sosial membolehkan unsur fitnah dan tohmahan lebih pantas tersebar, kata Anggota Dewan Undangan Negeri Sekong Datuk Samsudin Yahya.

Beliau berkata ia meresap ke dalam pemikiran segelintir rakyat jika mereka mudah mempercayai sumber tidak sahih.

“Rakyat harus bijak menilai sumber itu dengan merujuk kepada sumber rasmi dan tidak membantu menyebarkannya,” kata beliau pada Majlis Malam Media Dan Gong Xi Fa Cai anjuran MCA Batu Sapi di sini, malam tadi.

Hadir sama, Ketua MCA Batu Sapi Datuk Chew Kok Wah dan Anggota Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin.

Samsudin berkata media massa memainkan peranan penting dalam menyalurkan maklumat yang terbaharu dan sahih.

“Tohmahan dan fitnah yang dilontarkan pembangkang dapat dijelaskan semula kebenarannya melalui media,” kata Samsudin.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Ulama PAS yang ‘memfitnah’ sahabat Nabi: Dari Abu Bakar ‘Bapa Ceti’ ke Umar ‘Si Ganas Penzina’

Papagomo dihukum penjara 30 hari, hina mahkamah

Terkini:

Keyakinan pendeposit “kekal utuh”

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami