UtamaEKONOMITPPA tetap dahulukan rakyat,...

TPPA tetap dahulukan rakyat, agenda Bumiputera kini diiktiraf dunia - pakdin.my

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengulangi bahawa kerajaan sentiasa mendahulukan rakyat dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

BUKU TPPA 01

Tegasnya  ini dapat dilihat daripada usaha kerajaan mengadakan rundingan supaya agenda Bumiputra dimasukkan dalam TPPA, dan ia berjaya berbuat demikian.

“Ia sekarang bukan sahaja diiktiraf di peringkat nasional – ia diiktiraf di peringkat antarabangsa dan dilindungi. Ini menunjukkan bahawa Malaysia telah memperjuangkan dan memperoleh manfaat besar buat rakyat.

“Kita komited untuk melindungi kepentingan dan hak kedaulatan rakyat kita, dan membantu mereka untuk menjadi lebih kuat dalam apa yang disifatkan sebagai ekonomi global saling berkaitan,” kata Najib dalam blog beliau NajibRazak.com.

Perdana Menteri berkata kerajaan telah mengambil pendekatan yang telus dan demokratik berhubung semua perkara yang berkaitan TPPA.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata perundingan demi perundingan diadakan dengan rakyat, pemegang utama kepentingan ekonomi, penggubal dasar dan pakar-pakar daripada pelbagai bidang menerusi fasa rundingan dan sebelum menandatangani TPPA.

“Kita telah berunding dan menandatangani banyak perjanjian perdagangan serantau dan dua hala demi kepentingan ekonomi Malaysia dan rakyat.

“Perjanjian-perjanjian ini memainkan peranan penting ke arah mewujudkan persekitaran yang lebih kompetitif, membolehkan penyediaan perkhidmatan yang lebih besar, yang memberi manfaat kepada warganegara sebagai individu selain perniagaan – baik yang besar mahu pun yang kecil. TPPA tidak terkecuali,” kata beliau.

Bagaimanapun, Najib berkata ia bukan satu laluan yang mudah kerana pelbagai kritikan dilemparkan kepada kerajaan yang jelas bermotifkan politik dan dipenuhi emosi.

Malaysia dan 11 negara lain memeterai TPPA di Auckland, New Zealand pada Khamis, yang bakal memperluaskan pasaran, mengurangkan tarif dan menggalakkan perdagangan bebas.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed menandatangani perjanjian komprehensif abad ke-21 itu bagi pihak Malaysia yang mewakili hampir 40 peratus daripada produk keluaran dalam negara kasar global bernilai US$30 trilion.

Dua belas negara berkenaan ialah New Zealand, Australia, Chile, Mexico, Jepun, Peru, Kanada, Vietnam, Amerika Syarikat, Singapura, Brunei dan Malaysia.

Berkaitan

Baca Juga

Bom MK-82 yang tidak meletup ditemui di hutan Songkhla

Renjer menemui bom MK-82 yang tidak meletup di hutan Perlindungan Hidupan Liar Ton Nga Chang di wilayah selatan Songkhla. Pihak berkuasa percaya bom itu...

[VIDEO] Kereta api barang ke Malaysia tergelincir di Songkhla, siasatan sedang dijalankan

Penyiasat sedang mengenal pasti sama ada ia adalah kemalangan atau serangan oleh pemberontak di Selatan. Tren No 707 dari daerah Hat Yai, Songkhla ke Padang...

[VIDEO] Wanita warga emas maut kenderaan jatuh sungai di Marang

MARANG - Seorang wanita warga emas maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas lalu terjatuh dari jambatan ke dalam sungai di Kampung...

[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL

Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira pukul petang tadi. Kuala Lumpur Command & Control Centre...

[VIDEO] Dadah: Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan

Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas. Panel...

[VIDEO] Piala Dunia: Senegal sahkan kemaraan selepas benam Ecuador

AR-RAYYAN – Senegal mengesahkan slot kedua daripada Kumpulan A yang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia apabila berjaya menewaskan Ecuador 2-1 pada aksi...

[VIDEO] Piala Dunia : Belanda menang bergaya, Qatar merana

DOHA – Pasukan Belanda menutup aksi peringkat Kumpulan A dengan bergaya selepas membenam pasukan tuan rumah, Qatar 2-0 sekali gus melepasi sasaran awal melangkah...

Dakwa PM ejen Israel, Hadi Awang disiasat

Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...