Bapa nafi viral anak bunuh diri di Bangkok - pakdin.my

bapa-nafi-anak-bunuh-diri

JITRA: Bapa kepada wanita yang viral di laman sosial kerana dikatakan membunuh diri di Utradit, Bangkok, hari ini menafikan kejadian itu.

Juhari Osman, 64, bapa kepada Nurulhuda Juhari, 33, berkata kejadian yang diviralkan itu adalah tidak benar dan anaknya masih hidup serta tidak pernah menetap di negara jiran.

Baru-baru ini, viral di laman sosial Facebook dan WhatsApp menunjukkan kononnya Nurulhuda membunuh diri di Utradit dengan menembak diri sendiri setelah menembak anak lelakinya akibat kecewa dengan kecurangan suaminya.

Juhari percaya penyebaran gambar MyKad anaknya itu dibuat pihak tertentu yang ingin memfitnah mereka sekeluarga, kerana anaknya baru sahaja kehilangan MyKad.

“Mungkin mereka guna MyKad anak saya yang hilang dan reka cerita ini. Anak saya dan cucu lelaki berusia enam tahun masih hidup dan sedih apabila ada orang sanggup fitnah perkara seperti ini membuatkan emosi kami sekeluarga terganggu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tok Jalai, di sini, hari ini.

Bagaimanapun Nurulhuda yang masih trauma sehingga kini, masih enggan ditemui media.

UTAMABapa nafi viral anak bunuh diri di Bangkok

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium