BERITAEKONOMIFirma AS Tambah Pelaburan RM2 Bilion Di Kilang Pulau Pinang

Firma AS Tambah Pelaburan RM2 Bilion Di Kilang Pulau Pinang

mustafa US-Asean Summit

SAN FRANCISCO — Linear Technology Corporation, syarikat AS, menambah pelaburan sebanyak RM2 bilion bagi kilangnya di Pulau Pinang, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Pengeluar litar bersepadu maju, Linear Technology, memiliki Linear Semiconductor Sdn Bhd.

Ini merupakan kejayaan besar bagi ekosistem perniagaan Malaysia, katanya kepada wartawan Malaysia di sini pada Khamis.

“Ia merupakan pengiktirafan bagi Malaysia sebagai Silicon Valley timur,” katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak memberi maklumat lanjut mengenai pelaburan tambahan berkenaan.

Mustapa berada di sini bagi menghadiri Sidang Kemuncak AS-ASEAN di Sunnylands pada Isnin dan Selasa, Roadshow Menteri-menteri Ekonomi ASEAN anjuran kerajaan Amerika Syarikat pada Rabu dan Khamis serta seminar perniagaan di San Jose di Silicon Valley atau Lembah Silikon pada Jumaat.

Beliau berkata syarikat-syarikat Amerika melihat ASEAN mempunyai potensi yang besar dengan penubuhan Komoniti Ekonomi ASEAN, pasaran tunggal dan pangkalan pengeluaran dengan pergerakan bebas barangan dan perkhidmatan.

Roadshow Menteri-menteri Ekonomi ASEAN antara lain adalah bagi mempromosikan rantau ini sebagai destinasi pelaburan menarik bagi syarikat-syarikat Amerika, terutamanya dalam sektor inovasi dan kreativiti.

Menteri-menteri Ekonomi dan 10 negara anggota ASEAN yang terdiri daripada Brunei, Filipina, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Singapura, Thailand dan Vietnam, menghadiri acara itu yang turut mempamerkan teknologi dan inovasi Amerika.

Mustapa akan bertemu 100 pemimpin korporat Amerika semasa seminar perniagaan.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Analisis Impak Inflasi Makanan terhadap B40 (Mei 2026)

Bagaimana Malaysia dan Thailand tangani kos sara hidup pada 2026?

Retorik perang Iran: Mengapa strategi Trump bakal menjadi bencana

YTL Communications Lancar Tawaran Prabayar 5G Advanced Melalui Yes

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami