Masalah Kesihatan – Megat Najmuddin letak jawatan Pengerusi Tribunal Siasatan Lembaga Disiplin UMNO - pakdin.my

Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas meletakkan jawatan Pengerusi Tribunal Siasatan Lembaga Disiplin UMNO  dua bulan lalu kerana masalah kesihatan.

Beliau yang bersama Jawatankuasa Disiplindisahkan menghidap penyakit kanser sejak setahun lalu perlu melalui proses rawatan rapi dari semasa ke semasa.

Kata Megat Najmuddin, keputusan untuk meletak jawatan itu dibuat tanpa sebarang paksaan atau mendapat tekanan pihak tertentu sama ada di dalam atau luar parti.

“Yang pasti, pengunduran saya tiada kaitan dengan Datuk Seri Najib Tun Razak, jauh sekali kerana Tan Sri Muhyiddin Yassin atau mana-mana pemimpin tertinggi dalam parti.

 “Masalah kesihatan adalah punca saya letak jawatan, hasrat itu disampaikan kepada presiden parti,” katanya.

Kata pemimpin parti berusia 71 tahun ini, selain rawatan penyakit yang dihidapinya, kegiatan hariannya kini tertumpu kepada tanggungjawab dalam sektor korporat.

Bagaimanapun, beliau tidak pasti siapa sama ada penggantinya akan dipertimbangkan di antara 22 ahli jawatankuasa berkenaan atau pihak lain.

 

UTAMAPOLITIKMasalah Kesihatan - Megat Najmuddin letak jawatan Pengerusi Tribunal Siasatan Lembaga Disiplin...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium