Monday, February 26, 2024

Kerajaan Brunei kurangkan bajet- pakdin.my

Ini semua salah Najib dan 1MDB

brunei-economy-empty

Sebagai langkah penjimatan, kerajaan Brunei mengumumkan bajet berjumlah RM3.02 bilion (B$1.02), iaitu pengurangan sebanyak RM590 juta (B$199 juta) bagi perbelanjaan pengurusan dan pembangunan tahun fiskal 2016-2017.

Menteri Kewangan II, Mesyuarat Majlis Undangan Negeri, Pehin Orang Kaya Laila Setia Awang Abdul Rahman Ibrahim memberitahu, pembentangan bajet itu menyaksikan pembayaran gaji kakitangan awam dikurangkan sebanyak 2.3 peratus berbanding tahun sebe­lumnya, iaitu penurunan kepada RM 169 juta (B$57 juta)

Selain pengurangan gaji, beliau berkata, bajet untuk perbelanjaan berulang dikurangkan sebanyak 6.1 peratus kepada RM1.6 bilion (B$530 juta) dan perbelanjaan khas sebanyak 27.2 peratus kepada RM1.3 bilion (B$437 juta)

“Dalam fiskal yang baharu ini, kementerian akan terus menyokong polisi dasar mesra perniagaan dan pelaburan sebagai usaha untuk menambah baik aktiviti pelaburan negara,” katanya kepada media Brunei dalam sesi persidangan di Bangunan Dewan Majlis Perundangan Brunei, Khamis lalu.

Tambah Abdul Rahman, kaedah belanjawan berasaskan input yang dilaksanakan oleh Kementerian Kewangan sekarang akan digantikan sepenuhnya dengan kaedah program Bajet Berprestasi pada tempoh 2016/2017.

“Ia merupakan sebahagian daripada proses Pembaharuan Pengurusan Kewangan Awam untuk mencapai sasaran petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan sepanjang tahun ini dan hadapan,” katanya yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

UtamaEKONOMIKerajaan Brunei kurangkan bajet

Ikuti kami di: FACEBOOK | INSTAGRAM | META | X | TIKTOK | YOUTUBE

POPULAR