Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaNASIONALPRK Sungai Besar: Calon...

PRK Sungai Besar: Calon senang didampingi, diterima rakyat taruhan UMNO Selangor – Mat Nadzari - pakdin.my

Mat Nadzari Ahmad Dahlan - ADUN Batang Kali

UMNO Selangor memberi jaminan calon yang bakal menggalas tanggungjawab pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar merupakan seorang yang senang didamping dan mudah diterima rakyat.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata, pihaknya sudah mengenal pasti beberapa nama dan telah diserahkan kepada UMNO Pusat untuk dipertimbangkan oleh pucuk pimpinan parti itu.

“Terpulang kepada kebijaksanaan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memilih calon yang sesuai. Kita telah kenal pasti dan menilai mereka sebelum nama diserahkan,” kata Mat Nadzari ketika dihubungi Utusan Online.

Mat Nadzari bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah nama yang dihantar kepada UMNO Pusat.

Beliau turut enggan mengulas sama ada Muslimin Yahaya yang merupakan Setiausaha Sulit Kanan kepada bekas Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Allahyarham Datuk Noriah Kasnon, antara calon yang dikemukakan bagi PRK Sungai Besar, 18 Jun ini.

“Kita tidak berani cakap. Itu kita serah kepada Perdana Menteri, orang yang selayaknya membuat pengumuman calon. Nama calon akan diumumkan beberapa hari sebelum hari penamaan calon,” jelas Mat Nadzari.

Muslimin, 49, antara nama yang disebut-sebut sebagai calon PRK Parlimen Sungai Besar. Beliau dikatakan bakal menggantikan Noriah yang berhasrat melepaskan jawatan Ahli Parlimen Sungai Besar pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.

Selain Muslimin, turut disebut-sebut bakal dicalonkan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi; Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md. Yunos; Ketua Puteri UMNO Bahagian, Widia Wati Abuzar, dua Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian, Datuk Ishak Mat Arif dan Samad Wahab serta Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian, Mohd. Imran Tamrin.

Mat Nadzari berkata, UMNO Selangor telah bersedia untuk menghadapi PRK Sungai Besar dan berkeyakinan tinggi untuk mengekalkan kerusi tersebut di tangan Barisan Nasional (BN).

Dalam pada itu, Mat Nadzari berkata, UMNO Selangor sedih dengan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyeru rakyat agar tidak mengundi BN pada pilihan raya nanti.

“Saya melihat seruan itu sebagai sesuatu yang hipokrit daripada bekas Perdana Menteri. Beliau sepatutnya bertindak seperti apa yang telah diajarkan kepada kami.

“Sebaliknya Dr. Mahathir bertindak seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Hari ini segalanya terbalik. Dia seperti hendak ‘membunuh’ kita,” kata Mat Nadzari.

PRK Parlimen Sungai Besar diadakan serentak dengan PRK Parlimen Kuala Kangsar berikutan kematian panyandangnya, Noriah dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Rumput Stadium Bukit Jalil laku keras disimpan buat kenangan

Pengambilan ini terhad kepada empat petak rumput padang bagi setiap orang dalam ukuran 1 x 1 kaki dan orang awam diminta membawa bekas sendiri yang bersesuaian. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163040

PKBM terima laporan gangguan seksual atlet berbasikal wanita

Kali terakhir kem berbasikal negara terpalit dengan isu gangguan seksual ialah pada tahun 1989 dan selepas itu kita sentiasa mengingatkan jurulatih dan pelumba basikal, supaya menjaga batasan masing-masing. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163030

[VIDEO] Kesilapan peguam punca Najib meringkuk dalam penjara, kata Hakim Besar Sabah dan Sarawak

Adalah tidak adil bagi bekas perdana menteri itu terpaksa menanggung akibat daripada kesilapan dilakukan peguamnya dalam prosiding rayuan kes membabitkan dana SRC International Sdn Bhd. - Datuk Abdul Rahman Sebli, Hakim Besar Sabah dan Sarawak BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163020

[VIDEO] Kangar dilanda ribut, rumah dan gerai bazar Ramadan rosak

Tinjauan mendapati, banyak premis jualan makanan dan minuman serta premis menjual pakaian bagi menyambut Aidilfitri rosak selepas bumbung dan gerai mereka diterbangkan angin ribut. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163010

Mahkamah jenayah Kuwait jatuhkan hukuman penjara 10 Tahun ke atas Jho Low

Pihak Pendakwa Raya juga mendakwa mereka sebagai “kumpulan penjenayah terancang" telah melakukan pengubahan wang haram dalam mata wang China, iaitu sebanyak 343 juta Renminbi (RM4.95 bilion), dan mengetahui bahawa dana itu adalah hasil daripada jenayah, kecurian wang dan pelaburan dana sovereign fund Malaysia. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162999

[VIDEO] Malaysia benam Hong Kong 2-0, tutup siri aksi persahabatan dengan bergaya

Ia kemenangan kedua skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon, dalam jendela perlawanan antarabangsa FIFA dari 20-28 Mac selepas mengatasi Turkmenistan 1-0 di venue sama, Khamis lepas. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162987

[VIDEO] MINDEF terima 50 ambulans, perkasa tahap perkhidmatan Kor Kesihatan ATM

Penerimaan aset-aset berkenaan adalah amat penting untuk mutu perkhidmatan Kor Kesihatan ATM dapat dipertingkatkan agar hal ehwal anggota akan terus menjadi keutamaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162976

Isteri maut, suami kritikal keracunan makan ikan buntal

“Siasatan dibuat mendapati, ikan yang dipesan mereka datang daripada seorang nelayan di Endau, Mersing dan diproses oleh pengedar di Batu Pahat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162963

[VIDEO] Pelukis pelan didakwa hantar komunikasi jelik

Muhammad Firdaus Embong, 39, selaku orang kena saman (OKS) didakwa menggunakan aplikasi Facebook 'Firdaus Embong' untuk membuat dan memulakan penghantaran komunikasi berbentuk gambar dan teks yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakiti hati orang lain BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162952

[VIDEO] Detik-detik kubah Masjid Tifatul runtuh ketika Salat Tarawih, 14 Jemaah cedera

Akibatnya, sekurang-kurangnya 14 mangsa dcedera dan 5 daripadanya dikejarkan ke hospital berhampiran, akibat kecederaan parah. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162939

[VIDEO] Mahkamah Rayuan benar permohonan Ahmad Zahid dapatkan pasport secara kekal

Menerusi afidavit sokongan, Ahmad Zahid berkata hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dan salah dalam menggunakan budi bicara ketika menolak permohonannya untuk mendapatkan dokumen itu secara kekal. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162928

[VIDEO] Pemilihan UMNO Bawa Gelombang Baharu, Bersama Rapatkan Saf Demi Pengukuhan – Zahid

Saya harus bersama-sama dengan mereka untuk membina kekuatan baharu dan merapatkan saf barisan kepimpinan di setiap peringkat,” katanya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162918