BERITAVideo: Guan Eng Kena Cekup SPRM #LGErasuah

Video: Guan Eng Kena Cekup SPRM #LGErasuah

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengeluarkan waran tangkap kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dipercayai berhubung pembelian banglo di Jalan Pinhorn, pada harga RM2.8 juta.

Perkara itu dinyatakan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan negeri, Dr Afif Bahardin melalui akaun Twitter pada kira-kira pukul 5.50 petang, Rabu.

“Waran tangkap telah dikeluarkan kepada Ketua Menteri. Beliau akan dibawa ke SPRM HQ bila-bila masa tidak lama lagi #penang,” demikian tulis Dr Afif.

Sementara itu Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menerusi Twitter juga berkata: “Guan Eng ditahan oleh SPRM atas dua pertuduhan rasuah dan akan ke mahkamah pagi esok.”

Sebelum itu, dilaporkan bahawa pegawai-pegawai SPRM berada di pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang di Komtar ketika Lim sedang mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri.

Kira-kira pukul 4.55 petang, lima hingga lapan pegawai tiba di pejabat Lim di tingkat 28.

Mereka memasuki sebuah bilik mesyuarat dan menunggu di dalam.

Video: Guan Eng Kena Cekup SPRM #LGErasuah

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Siasatan SPRM Terhadap Bekas Pegawai Tabung Haji: Soalan Tentang Masa, Standard dan Label Politik

SPRM Dalam Proses Bawa Pulang Aset 1MDB milik Jasmine Loo

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami