BERITAPolis Tembak Mati Lelaki Bunuh Empat Ahli Keluarga

Polis Tembak Mati Lelaki Bunuh Empat Ahli Keluarga

https://youtu.be/MADt57JwFVQ

GEORGE TOWN: Suspek kes bunuh empat sekeluarga di kilang pemprosesan ayam di Batu Maung di sini, ditembak mati oleh polis di Jalan Balik Pulau, Air Itam pada Khamis.

Chung Chun Wah, 32, diburu polis sejak awal pagi Rabu selepas dia menembak mati empat anggota keluarganya termasuk anak saudaranya yang berusia dua tahun pada pukul 2.55 pagi.

Chung ditembak berhampiran kuil Buddha Kek Lok Si, kuil Buddha yang terbesar di Asia Tenggara yang merupakan tempat tumpuan pelancong.

https://youtu.be/jEfsNLTDMrk

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Datuk Razaruddin Hussain berkata polis menembak mati lelaki itu kira-kira pukul 7 malam ini.

“Penjenayah berjaya ditumpaskan di pekan Air Itam,” katanya.

Dalam kejadian pukul 2.55 pagi semalam, empat sekeluarga Toh Hock Choon, 50, dan pasangannya Tan Saw Sim, 55, serta Chung Wah Tong, 28, dan anak lelakinya Chung Ay Dey, 2, yang dikenali sebagai Ah Bee.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam twitternya ketika mengucapkan tahniah atas kejayaan itu, berkata “Syabas STAFFOC@PDRMsia tumpaskan penjenayah selepas berbalas tembak di Air Itam Pg tadi. Suspek disyaki terlibat kes bunuh empat sekeluarga”.

pembunuh 4 sekeluarga ditembak mati polis

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Double standard Madani: Johor dapat e-ART LOI konsesi PPP, kubu DAP Pulau Pinang LRT dibiaya penuh

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami