Kenderaan rasmi Guan Eng keluar dari kediaman TYT - pakdin.my

lim guan eng mengadap tyt pulau pinang

GEORGETOWN: Kenderaan rasmi Ketua Menteri, Lim Guan Eng dilihat meninggalkan kediaman Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas di Seri Mutiara pada jam 5.08 petang tadi.

Turut dilihat meninggalkan perkarangan Seri Mutiara adalah kenderaan rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Fareezan Darus, dua minit kemudian.

Usaha media untuk mendapatkan komen kedua-dua pihak gagal apabila kenderaan mereka terus meninggalkan Seri Mutiara.

————

Guan Eng Dilihat Memasuki Kediaman Yang di-Pertua Negeri.

Kenderaan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dilihat memasuki kediaman rasmi Yang di-Pertua negeri tidak lama selepas beliau mengadakan sidang akhbar berhubung kemungkinan pilihan raya tergempar diadakan.

“Kereta rasmi ketua menteri dilihat memasuki pintu masuk utama kediaman Yang di-Pertua Negeri pada pukul 4.15 petang.

“Sebelum itu, kereta rasmi setiausaha kerajaan negeri juga dilihat memasuki kediaman Seri Mutiara,” menurut posting di laman Facebook ‘CM Lim Guan Eng’, Rabu.

Terdahulu pada sidang media, DAP menegaskan ia tidak akan membuat keputusan unilateral dalam mengadakan pilihan raya tergempar di Pulau Pinang.

“Kami mahu teruskan perbincangan dengan rakan-rakan kami. Apabila membuat keputusan bersama, perbincangan mengambil sedikit masa.

“Sudah tentu, ia tidak akan mengambil masa yang lama tetapi kami mahu memberikan masa yang mencukupi,” katanya.

UTAMAPOLITIKKenderaan rasmi Guan Eng keluar dari kediaman TYT

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium