Viral Palsu: Polis nafi UFO berlegar di Kuala Krai (video) - pakdin.my

Janngan lupa subscribe

KOTA BHARU: Polis hari ini menafikan kononnya terdapat objek terbang yang tidak dikenali (UFO) berlegar-legar di ruang angkasa Kuala Krai seperti yang diviralkan menerusi media sosial.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abdullah Roning, berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan daripada penduduk kawasan berkenaan berhubung kejadian itu.

“Video itu disebarkan oleh pihak tertentu tanpa mengetahui sebabnya,” kata beliau ketika dihubungi di sini, malam ini.

Selain penyebaran video berdurasi 1 minit 25 saat menerusi media sosial itu, ia turut mengaitkan maklumat itu kononnya daripada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), dengan meletakkan perkataan “BERNAMA”.

Berita yang diviralkan itu menyebut: “Penduduk Kuala Krai Kelantan dikejutkan dengan objek dipercayai U.F.O. berlegar-legar di ruang angkasa berhampiran pusat cembong batu nang.

“Kejadian disaksikan dengan jelas oleh penduduk kampung selama beberapa minit sebelum objek itu hilang meninggalkan kawasanitu. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan ketika kejadian berlaku.

UTAMABERITAViral Palsu: Polis nafi UFO berlegar di Kuala Krai (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium