Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaNASIONALMahkamah diberitahu Anwar kata...

Mahkamah diberitahu Anwar kata Dr Mahathir ‘mamak tak boleh percaya’ – Saksi Kes Saman Anwar terhadap KJ - pakdin.my

20160923-ishak-anwar

Adun Lenggeng Ishak Ismail beritahu mahkamah yang Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan membantunya mencepatkan permohonan pinjaman untuk projek pembangunan Ayer Keroh, bagi tujuan politik.

“Beliau (Menteri Kewangan) bantu saya mencari pinjaman daripada suatu syarikat kewangan untuk projek saya yang bernilai jutaan ringgit.

“Beliau beritahu syarikat itu saya kawannya,” katanya, menjawab soalan peguam Anwar, Latheefa Koya.

Latheefa mewakili bekas ketua pembangkang itu dalam saman fitnah RM100 juta terhadap Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Khairy diwakili peguam Shafee Abdullah.

Latheefa menyoal Ishak sama ada Anwar merasuah beliau untuk mengkritik Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, termasuk memberikan ‘peluru’ kepadanya.

Latheefa merujuk kepada keterangan saksinya.

“Itu (bantuan) untuk tujuan kerja politik. ‘Peluru’ pula serba boleh, untuk mengkritik bahan dan dana,” katanya.

“Bantai (kritik) orang pun kerja politik,” tambahnya.

Latheefa mahu Ishak menyatakan sama ada tindakan Anwar itu “kesalahan jenayah”.

“Tiada kesalahan (di pihaknya). Dia tak dapat apa-apa, saya yang dapat manfaat,” katanya.

Ishak dana keterangan saksinya mendakwa Anwar secara tertutup mengkritik Mahathir berkenaan dasar untuk orang Melayu.

“Beliau pernah panggil Mahathir ‘mamak tak boleh percaya’,” katanya.

Istilah mamak digunakan untuk merujuk kepada etnik India yang beragama Islam.

Latheefa mahu Ishak menyatakan sama ada ‘mamak’ istilah biadab.

Latheefa: “Adakah ia perkataan biadab untuk menggambarkan seseorang?”

Ishak: “Bergantung kepada individu, kalau mereka rasa ia biadap. Ia menghina. Ia perkataan yang melucukan.

Ishak juga berkata Anwar beritahu yang Mahathir tidak menyukainya (Ishak) dan beliau tidak terpilih untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum 1990.

“Ayat yang Anwar guna pada masa itu ‘mamak tu tak mau hang’,” katanya.

Ishak kemudian sedari kenyataan Anwar itu tidak betul.

“Rais Yatim (Tan Sri Rais Yatim, Menteri Komunikasi dan Budaya ketika itu) sangkal kenyataan Anwar. Dalam Pilihan Raya Umum 1995, saya jadi calon untuk kerusi Lenggeng,” katanya.

“Saya percaya Anwar berperanan membantu saya,” jawab beliau ketika ditanya siapa yang pilihnya menjadi calon.

Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Azizul Azmi Adnan akan bersambung pada 13 Disember hingga 16 Disember.

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Muhyiddin didakwa enam tuduhan guna kedudukan untuk suapan, terima wang haram

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162644

[VIDEO] Banjir: Tiga pegawai JKM terperangkap ketika hantar bantuan

“Hanya tuhan saja tahu perasaan kami ketika itu, Alhamdulillah bot itu menuju ke arah kami dan difahamkan mereka menerima maklumat dan segera ke lokasi bagi menyelamatkan kami,” https://pakdin.my/162633 ...................

Johari Sah Tanding Jawatan Naib Presiden

Pengesahan itu menjadikan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu pemimpin keempat yang menyerahkan borang pencalonan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162621

Empat suspek ditahan atas pembunuhan 4 lelaki di selatan Thailand

Tiga mayat dengan kesan tembakan dalam sebuah kereta sedan yang ditenggelami air di Tasik Juerae. Kemudian satu lagi mayat yang turut ditembak mati ditemui di Sungai Kolok BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162611

[VIDEO] Laporan SPRM mengenai Hakim Nazlan diserahkan kepada Ketua Hakim Negara – Azalina

SPRM telah hantar laporan terhadap Nazlan Ketua Hakim Negara berhubungan pelanggaran peraturan di bawah Kod Etika Hakim 2009. Ini bermaksud memang ada pelanggaran dilakukan Nazlan berhubung kes SRC. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162601/?amp=1

[VIDEO] Jana Wibawa: Pengarah syarikat dari Pagoh didakwa minta, terima rasuah RM12.87 juta

Kesalahan itu dituduh dilakukan di syarikat miliknya di Kawasan Perindustrian Pagoh, Muar antara 20 Ogos 2021 sehingga 15 November 2022. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162588/?amp=1

Jana Wibawa: Ketua Penerangan PPBM antara dua individu didakwa di mahkamah

SPRM ketika ini sedang menyiasat dakwaan beberapa kontraktor terpilih didakwa mendepositkan wang tunai RM300 juta ke dalam akaun parti Bersatu sebelum dinafikan Ahli Parlimen Pagoh BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162557

Pegawai polis maut, empat lagi cedera dalam serangan bom di Bannang Sata, Yala

Sebutir bom dipercayai ditanam di tepi jalan diletupkan menggunakan walkie-talkie apabila pikap yang dinaiki mereka tiba di lokasi kejadian. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162547

[VIDEO] Perikatan Nasional sombong tak dengar nasihat Agong

Pertikaian Nasional ni lupa yang BN asalnya memang taknak gabung dan mahu jadi pembangkang saja tapi hormat pada saranan YDP Agong agar kerajaan dapat dibentuk. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162514

[VIDEO] Ahmad Zahid beri penghormatan terakhir kepada ibu angkat

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk meluangkan masa selama kira-kira 20 minit bagi menziarah dan memberi penghormatan terakhir kepada mendiang di kediamannya Taman Desa Bersatu, Hutan Melintang di sini. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162501

[VIDEO] Kerusi Batang Kali diisytihar kosong – Speaker DUN Selangor

“Maka, pada menjalankan kuasa saya sebagai Speaker DUN Selangor di bawah Perkara LXIX Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, saya dengan ini mengisytiharkan bahawa kerusi YB Harumaini adalah kosong berkuatkuasa dari 28 Jan 2023. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162490

[VIDEO] SPRM akan panggil Muhyiddin kes sumbangan dana politik

PRM dalam kenyataan sebelum ini berkata, fokus siasatan terarah RM92.5 bilion membabitkan dana kerajaan daripada nilai dakwaan penyelewengan wang perbelanjaan negara yang dianggar hampir RM600 bilion. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162480