Thursday, February 29, 2024

Facebook tutup akaun NGO Malaysia sokong Palestin tanpa amaran- pakdin.my

Facebook didakwa menutup akaun rasmi milik Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM) tanpa memberi sebarang notis mahupun amaran.

Pengarah media badan bukan kerajaan itu, Belal Samir berkata, pasukan media PCOM sudah menghubungi pihak pentadbiran Facebook, namun tiada penjelasan diberikan.

“Kami menghubungi Facebook beberapa kali dan jawapan diberikan ialah mereka akan menyiasat dan mengkaji semula alasan laman itu dikeluarkan. Namun, tiada sebarang penjelasan atau tindakan selama 3 bulan.

“Kami turut menghantar 1 permintaan untuk mengadakan pertemuan dengan Facebook di Malaysia Isnin lalu, tetapi kami belum dapat jawapan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Belal berkata, laman Facebook PCOM memuatkan aktiviti anjuran kumpulan itu dan berkongsi perkembangan terkini di Palestin.

“Apa yang kami dan semua pengikut kami tahu ialah laman PCOM meliputi aktivitinya, mempromosikan persahabatan antara rakyat Palestin dan Malaysia serta berkongsi perkembangan terkini yang berlaku di Palestin.

“Facebook malangnya terus mendedahkan platformnya terhadap hak untuk kebebasan bersuara dengan menutup beberapa laman dan akaun rakyat Palestin serta penyokongnya,” kata Belal.

Penutupan Facebook PCOM itu sama dengan tindakan yang dikenakan terhadap 4 pengarang Agensi Berita Shehab serta 3 eksekutif Rangkaian Berita Quds yang tidak dapat mengakses akaun peribadi mereka di Facebook tanpa sebarang amaran.

Facebooknya kemudiannya dilaporkan memohon maaf kepada kakitangan di 2 penerbitan berita utama Palestin itu, kerana ‘tersilap’ menggantung akaun peribadi, selepas ia dilaporkan melanggar piawaian komuniti laman itu.

Dua wartawan daripada organisasi antarabangsa turut mendakwa akaun Facebook mereka digantung tanpa sebab, minggu lalu dan mereka percaya ia berpunca daripada kerjasama Facebook dan Israel, pada awal bulan ini, untuk menangani ‘tindakan menghasut’ rakyat Palestin di media sosial.

20161001-facebook-pcom-tutup

UtamaBERITAFacebook tutup akaun NGO Malaysia sokong Palestin tanpa amaran

Ikuti kami di: FACEBOOK | INSTAGRAM | META | X | TIKTOK | YOUTUBE

POPULAR