Suspek rasuah di Sabah tiada kaitan dengan Umno, kata Anifah - pakdin.my

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman hari ini menolak dakwaan menyatakan pegawai kanan di Jabatan Air Sabah yang ditahan dalam kes rasuah terbesar di negara ini adalah bendahari Umno bahagian Kimanis.

Anifah yang juga ketua bahagian itu turut menafikan sebarang pembabitan dalam kes itu, dan berkata sebagai menteri luar tidak ada apa yang boleh beliau tawarkan kepada sesiapa.

Katanya, beliau juga tidak mengawal dana untuk jabatan air di Sabah.

“Adalah lebih baik untuk kita tahu dari mana dana itu datang dan siapa yang ada kuasa untuk meluluskannya.

“Maka, rakan senegeri saya Sabah, saya beritahu anda saya tidak terlibat dan tidak tahu mengenai dana berkenaan atau kewujudan projek itu,” katanya dalam satu kenyataan ringkas.

Ahli Parlimen Kimanis itu berkata demikian sebagai respons terhadap dakwaan yang sedang berlegar di media sosial iaitu pegawai kanan agensi kerajaan terbabit ada kaitan dengan Umno.

Antara mereka yang membuat dakwaan itu termasuk bekas ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng Datuk Hamidah Osman. Beliau bagaimanapun sudah memadam tuduhan itu di blognya.

Blogger Lim Sian See, dalam satu post di Facebook berkata bendahari Umno Kimanis ialah Rizal @ Raymond Godfrey Abdullah.

Anifah berkata tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka yang cuba memfitnahnya kerana beliau tidak mahu masyarakat berfikir menteri luar Malaysia mengamalkan rasuah.

“Dan lebih penting ialah membersihkan nama saya,” katanya.

Pada Rabu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita wang tunai dan aset bernilai RM114.5 juta susulan penahanan 4 lelaki di Sabah.

Semua 4 individu itu, termasuk 2 pegawai kanan Jabatan Air Sabah disiasat atas dakwaan menerima rasuah daripada projek persekutuan di Sabah yang dikatakan bernilai RM3.3 bilion.

20161007120161007-hamidah-fitnah-bendahari-kimanis

UTAMAPOLITIKSuspek rasuah di Sabah tiada kaitan dengan Umno, kata Anifah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium