Mayat Lelaki Dalam Myvi Di Kuala Kubu Bharu Ada Kaitan Kes Bunuh – Polis - pakdin.my

KUALA KUBU BHARU: Seorang lelaki berusia 30-an yang ditemui mati dalam kereta Myvi di Ampang Pecah, Kuala Kubu Baru pada Ahad lepas, dipercayai mangsa bunuh.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt R. Supramaniam berkata ia berdasarkan hasil bedah siasat di Hospital Sungai Buloh semalam yang mendapati ada beberapa kesan luka seperti dicucuk di siku dan kedua-dua lutut mangsa yang berdarah.

“Bagaimanapun, punca kematian tidak diketahui. Sebelum ini penemuan mayat lelaki berkenaan yang ditemui dalam keadaan basah dan diliputi pasir tanpa sebarang senjata itu dikategorikan sebagai mati mengejut,” katanya kepada Bernama.

Supramaniam berkata kereta itu juga menggunakan nombor pendaftaran palsu selain mangsa pernah mempunyai dua rekod lampau berkaitan pengedaran dadah dan sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya.

Katanya siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

20161019-mayat-dalam-kereta-myvi-kuala-kubu-bharu


Berita terdahulu:

Mayat lelaki ditemui dalam kereta di tepi jalan

Seorang lelaki berusia 30-an yang ditemui mati dalam kereta Myvi di Ampang Pecah, Kuala Kubu Baru pada Ahad lepas, dipercayai mangsa bunuh.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt R. Supramaniam berkata ia berdasarkan hasil bedah siasat di Hospital Sungai Buloh semalam yang mendapati ada beberapa kesan luka seperti dicucuk di siku dan kedua-dua lutut mangsa yang berdarah.

“Bagaimanapun, punca kematian tidak diketahui. Sebelum ini penemuan mayat lelaki berkenaan yang ditemui dalam keadaan basah dan diliputi pasir tanpa sebarang senjata itu dikategorikan sebagai mati mengejut,” katanya kepada Bernama.

Supramaniam berkata kereta itu juga menggunakan nombor pendaftaran palsu selain mangsa pernah mempunyai dua rekod lampau berkaitan pengedaran dadah dan sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya.

Katanya siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

UTAMABERITAMayat Lelaki Dalam Myvi Di Kuala Kubu Bharu Ada Kaitan Kes Bunuh...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium