Jangan putar belit fakta ekonomi negara – PM - pakdin.my

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menggesa pihak-pihak yang gemar memutarbelitkan fakta mengenai ekonomi negara supaya menghentikan politik berasaskan fitnah.

Katanya agensi penarafan antarabangsa Fitch Ratings telah mengekalkan penarafan Malaysia di tahap A- berikutan kedudukan ekonomi dan kewangan negara yang stabil.

“Ini bukti daya tahan ekonomi negara dan keupayaan kerajaan #Bajet2017. Fitch setuju hutang negara terkawal bawah 55 peratus dan kita mampu capai sasaran defisit fiskal.

“Hentikanlah politik berasaskan fitnah. Rakyat boleh menilai,” katanya dalam catatan di laman Twitter.

Jumaat lepas, Najib yang juga Menteri Kewangan membentangkan Bajet 2017 di Dewan Rakyat yang mencadangkan peruntukan RM260.8 bilion – RM214.8 bilion untuk belanja mengurus dan RM46 bilion untuk belanja pembangunan.

Menurut kenyataan akhbar Fitch Ratings semalam, bajet persekutuan Malaysia menunjukkan akan lebih menstabilkan pembiayaan awam, disebalik penurunan pendapatan dari sektor minyak dan gas.

“Fitch menjangkan defisit 2016 pada kadar 3.2 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), tetapi berpendapat sasaran 2017 mampu dicapai.

“Kami berpendapatan tidak mungkin sasaran itu akan tersasar menerusi langkah mencukupi untuk menaikkan hutang awam di atas siling yang ditetapkan sendiri iaitu 55 peratus daripada KDNK. Fitch menganggarkan hutang kerajaan persekutuan akan kekal di bawah 54 peratus KDNK pada akhir 2016,” menurut kenyataan itu.

20161025-ringgit-mengukuh-bajet-2017

UTAMAEKONOMIJangan putar belit fakta ekonomi negara - PM

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium