AirAsia QZ321 KL - Surabaya patah balik selepas 30 minit

AirAsia QZ321 KL – Surabaya patah balik selepas 30 minit

SSPANG: Pesawat Indonesia AirAsia yang dalam perjalanan ke Surabaya terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), pagi tadi akibat masalah teknikal.

Pesawat QZ321 berlepas pada 9.35 pagi tadi sebelum berpatah balik selepas kapten mengesan masalah teknikal pada pesawat, selepas 30 minit berlepas.

Seorang penumpang yang berada dalam pesawat itu, Rosdan Ramli, 40, berkata, pesawat berkenaan berlepas mengikut jadual, bagaimanapun selepas 30 minit berada di ruang udara kapten membuat pengumuman pesawat terpaksa berpatah balik kerana masalah teknikal.

“Selepas berlegar-legar kira-kira 30 minit di ruang udara di Selat Melaka, pesawat mendarat dengan selamat di klia2 pada 10.30 pagi tadi.

“Pesawat mendarat tanpa sebarang masalah dan penumpang semua selamat, selepas mendarat kami dapati pihak AirAsia memeriksa tayar di bahagian depan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini, hari ini.

Rosdan yang dalam perjalanan bercuti ke Surabaya bersama keluarga kini masih berada di klia2 sementara menunggu pesawat berkenaan dibaiki.

“Sementara menunggu AirAsia turut memberi baucar untuk makan tengah hari,” katanya.

20161027-air-asia-parah-balik-qz321

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Suami tangkap isteri berkhalwat dengan rakan ketika pulang sahur

7 sekeluarga dijangkiti Covid-19 akibat terawih di masjid

Minta ‘offset’ bukan rasuah, kata Dr Mahathir

[Video] Pesawat AirAsia D7237 Bergegar, Patah Balik Ke Perth

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami