KENAPA CHINA COMMUNICATIONS CONSTRUCTION COMPANY (CCCC) MENGETUAI PEMBINAAN PROJEK LANDASAN KERETAPI PANTAI TIMUR (ECRL)? #pakdin.my

Kepada Protun dan Pakatun jangan mudah menyebar perkara yang tidak sahih.

1. Bank Dunia mengenakan penggantungan terhadap China Communications Construction Company (CCCC) pada tahun 2011 berdasarkan siasatan isu lama sedekad yang lalu berkaitan dengan syarikat yang sebelum dipanggil China Road and Bridge Group, yang tidak lagi wujud.

2. Penggantungan yang telah dikenakan kepada CCCC kerana salah satu syarikat-syarikat yang telah di ambilalih mereka adalah hina Road and Bridge Group.

3. Penggantungan ini yang hanya menghalang CCCC untuk membuat projek menggunakan pinjaman Bank Dunia akan berakhir dalam masa dua bulan lagi iaitu pada Januari 2017.

4. Pada masa perjanjian bagi pembinaan Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) dimuktamadkan, penggantungan tersebut sudah tamat.

5. CCCC telah ditubuhkan pada tahun 2005 hasil daripada penggabungan China Harbour Engineering Company Group dan China Road and Bridge Group dan merupakan entiti yang baru sepenuhnya ..

6. China Harbour Engineering Company juga merupakan syarikat yang telah berjaya membina Jambatan Pulau Pinang ke-2 – disiapkan dalam lingkungan bajet dan mengikut masa yang ditetapkan – dan boleh dianggap sebagai mempunyai rekod yang amat baik di Malaysia.

7. Di Malaysia, syarikat kereta api China mempunyai rekod yang baik – termasuk pelbagai projek landasan berkembar, ETS yang popular dan kereta api malahan pembekal untuk koc KTM Komuter.

8. Di China sendiri, syarikat kereta api milik kerajaan mereka telah berjaya membina antara rangkaian kereta api dan kereta api berkelajuan tinggi yang terbesar di dunia dalam masa sepuluh tahun yang lalu, yang sepatutnya mendapat pujian.

9. Walaupun rangkaian kereta api mereka mempunyai landasan bersaiz 121,000 km, termasuk 19,000 kilometer, rekod keselamatan adalah baik pada tahun-tahun terakhir ini dengan hanya sedikit kejadian keretapi tergelincir atau kemalangan.

10. Satu-satunya kemalangan maut kereta api berkelajuan tinggi adalah pada tahun 2011 kerana kerosakan sistem isyarat – yang telah dilakukan siasatan dan dikenalpasti dengan pantas dan di perbetulkan oleh Kerajaan China.

11. Sepanjang tahun lepas, CCCC telah memenangi kontrak utama di serata dunia.

12. Malahan, pada tahun 2015, CCCC telah dipilih untuk melakukan projek tebus guna laut Gurney Drive bernilai RM2.3 bilion daripada Kerajaan DAP Pulau Pinang.

13. Jika ada masalah dengan CCCC, kami yakin Ketua Menteri Kerajaan DAP Pulau Pinang, Lim Guan Eng akan menjadi orang yang pertama membantah sepertimana dia berbuat demikian dengan cepat terhadap syarikat milik negara China, BUCG kerana kemalangan kren di Jalan Raja Chulan.

14. Malahan, pada bulan April 2015 yang lepas, Kerajaan Australia meluluskan penjualan Leighton Holding’s John Holland Group, salah satu syarikat pembinaan terbesar di negara tersebut.

15. The CCCC hari ini adalah berbeza daripada China Road and Bridge Group sebelum ini – samalah seperti China hari ini adalah sangat berbeza daripada China komunis era Mao Tse Tung atau Jepun hari ini tidak sama dengan tentera Jepun penceroboh dalam Perang Dunia II .

16. Adalah amat penting untuk mengambil perhatian bahawa CCCC dimiliki oleh kerajaan China dan oleh kerana kerajaan China akan memberikan pinjaman mudah dengan kadar faedah yang rendah untuk membiayai sepenuhnya projek ECRL ini, Kerajaan China mempunyai hak untuk melantik mana syarikat untuk mengetuai projek pembinaan ECRL.

17. Bukan sesuatu yang memeranjatkan apabila Kerajaan China memilih CCCC kerana ia adalah syarikat infrastruktur terbesar milik kerajaan China dan syarikat kerajaan ke empat terbesar pada keseluruhannya.

18. Fitch Rating telah mengesahkan ‘Long-Term Foreign Currency Issuer Default Rating’ (IDR) CCCC dan kedudukan kanan tidak bercagar kepada ‘A-‘.

https://www.fitchratings.com/site/pr/997730

Projek Landasan Keretapi Pantai Timur

20161102-ecrl-cccc-fitch-rating
https://www.fitchratings.com/site/pr/997730

 
https://pakdin.my/china-bina-biayai-projek-projek-landasan-keretapi-pantai-timur-ecrl/

Berkaitan