PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN
More

    KENAPA CHAUVINIST CINA DAP DENGKI NAJIB MAJUKAN MELAYU DI PANTAI TIMUR?

    Selepas kawasan Pantai Barat Semenanjung Malaysia menerima perkembangan berterusan khususnya dalam infrastruktur sejak merdeka, kini langkah yang diambil untuk memajukan kawasan Pantai Timur merupakan usaha lebih terarah kepada pemerkasaan ekonomi di kawasan berkenaan.

    Berbanding Perdana Menteri sebelum-sebelum ini yang lebih fokus kepada pembangunan infrastruktur, Datuk Seri Najib Razak dilihat sedang dalam usaha untuk membawa keadilan pembangunan kepada seluruh Malaysia.

    Jika di Sabah dan Sarawak Najib hadiahkan Lebuhraya Pan Borneo, di sekitar Pantai Barat Semenanjung pula lebih tertumpu kepada isu-isu kritikal seperti perumahan rakyat dan harga tol.

    Kini, Najib terus mengorak langkah dengan cuba membawa kemajuan yang seimbang kepada penduduk di Pantai Timur Semenanjung pula.

    Pada 15 Mac 2016 lalu, Kerajaan Malaysia mula memperkenalkan projek Landasan Keretapi Pantai Timur / East Coast Rail Link (ECRL) yang melibatkan kawasan seluas lebih 66,000 kilometer persegi atau 51 peratus daripada keluasan keseluruhan Semenanjung Malaysia.

    Untuk projek terbaru iltizam Najib ini, ia akan merangkumi negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang, serta daerah Mersing di Johor. Serta projek ini bakal memanfaatkan penduduk lebih dari 4.43 juta orang (2014).

    Seperti yang umum sedia maklum, kepadatan penduduk di Pantai Timur Semenanjung adalah dari bangsa Melayu yang banyak berorientasikan ekonomi pertanian dan industri asas tani. Maka dengan adanya ECRL ini di kampung mereka, ia akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan yang lebih setanding dengan kawasan Pantai Barat Semenanjung.

    Selain peluang-peluang pekerjaan baharu, ECRL juga dapat memudahkan pemasaran produk tempatan khususnya dari Kelantan dan Terengganu ke Lembah Klang. Pastinya perkara ini dapat melonjakkan lagi ‘duit poket’ penduduk kawasan berkenaan.

    Soalnya sekarang, kenapa segelintir Cina DAP agak `dengki’ dengan usaha Najib ini? Berdosakah Najib mahu berusaha melonjakkan ekonomi bangsa Melayu khususnya di kawasan yang masih berstatus luar bandar? Adakah kekayaan negara hanya untuk dibahagi kepada kawasan bandar dan pemain-pemain industri semata?

    Pembangkang sebelum ini yang dipelopori DAP membuat dakwaan semberono bahawa projek berkenaan hanya helah bagi menutup hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Tuduhan berkenaan dipetik daripada portal Sarawak Report yang sememangnya diketahui mempunyai agenda untuk menyingkirkan Perdana Menteri.

    Projek Landasan Keretapi Pantai Timur
    Projek Landasan Keretapi Pantai Timur
    # Tag

    Berkaitan

    PAS uses UMDAP to attack UMNO

    马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

    郭清江.伊党按步迈向布城之路

    Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

    Pemilihan CEC DAP 2025: Teresa Kok, Sivakumar tidak terpilih

    Popular

    Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

    [Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

    6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

    Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

    [Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

    Terkini

    UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

    PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

    PRK DUN Ayer Kuning: Barisan Nasional (BN) bergaya

    PRK DUN Ayer Kuning: Analisis Kekalahan PN

    Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

    Hasrat PN gabung dengan UMNO hanya mimpi di siang hari – Ahmad Zahid

    PAS menggunakan UMDAP untuk menyerang UMNO

    PAS uses UMDAP to attack UMNO

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah