UtamaNASIONALTERTEKAN PUNCA ALIAA SYAFIQAH...

TERTEKAN PUNCA ALIAA SYAFIQAH HILANGKAN DIRI - pakdin.my

20161116-aliaa-syafiqah-hilang

Seorang remaja perempuan yang tertekan dengan rakan-rakan sekolah kerana sering bertanyakan tentang ibunya yang tidak ditemui semenjak 2008, menghilangkan diri sejak awal pagi Selasa.

Bapanya, Mohd Norjuahari Nazar Nazari, 38, berkata Aliaa Syafiqah Nazar, 13, yang tinggal bersama keluarganya di Bandar Baru Bangi, disedari hilang kira-kira 10 pagi Selasa selepas didapati tiada di dalam bilik tidurnya.

Mohd Norjuahari berkata anak sulungnya itu yang merupakan pelajar Tingkatan Satu di Sekolah Menengah Islam Al Amin, Bangi, kali terakhir dilihat di perkarangan sekolah dengan berbaju merah jambu, bertudung labuh berwarna jingga dan berpurdah, berseluar jeans serta memakai beg sandang.

“Pemeriksaan pada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekolahnya menunjukkan Aliaa memakai purdah berwarna krim berseorangan di luar sekolah kira-kira 7.50 pagi Selasa…saya hairan kerana selalunya dia tidak mengenakan purdah,” katanya ketika dihubungi di sini Selasa.

Mohd Norjuahari berkata anaknya itu pernah meminta untuk ditukarkan ke sekolah lain kerana mengadu tertekan dengan rakan-rakan sekolah yang kerap bertanyakan tentang ibunya yang telah lama berpisah dengan beliau.

“Saya telah aturkan perpindahan sekolah untuknya pada sesi tahun depan… mungkin dia terlalu tertekan sehingga menghilangkan diri,” katanya.

Menurutnya, ibu Aliaa yang tinggal di Ampang memaklumkan ada menerima mesej daripada Aliaa menerusi aplikasi Whatsapp yang menyatakan hasrat ingin bertemunya pada Selasa, namun Aliaa gagal dikesan selepas nombor telefon digunakannya gagal dihubungi.

Susulan itu, Mohd Norjuahari berkata satu laporan polis dibuat oleh datuk Aliaa di Balai Polis Bandar Baru Bangi, berhubung kehilangan remaja itu.

Selain itu, katanya, beliau telah menyebarkan gambar Aliaa di laman sosial untuk meminta bantuan orang ramai mengesannya.

Katanya orang ramai yang melihat Aliaa boleh menghubunginya di talian 018-6624450.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Othman Nanyan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu, dan kehilangan remaja berkenaan kini masih dalam siasatan.

20161116-aliaa-syafiqah-nazar-hilang

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] MKT UMNO mahu Parlimen bubar dalam masa terdekat, PRU15 tahun ini

MESYUARAT Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno pada malam Jumaat mencapai ketetapan untuk Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat bagi membolehlan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)...

[VIDEO] Muhyiddin tak pernah beri kata dua kepada PAS, kata pemimpin Bersatu

Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin tidak pernah memberi sebarang kata dua kepada PAS sama ada perlu memilih Barisan Nasional (BN) atau Perikatan Nasional (PN) bagi...

[VIDEO] Wanita diculik ditemui mati dalam gaung

Lelaki berusia lingkungan 20-an dicekup susulan disyaki terlibat dalam kes culik seorang wanita yang ditemui mati dalam gaung di Bukit Tekali, Hulu Langat, pada...

[VIDEO] Polis kesan dua lelaki lepas tembakan depan rumah

LUMUT - Polis sedang mengesan dua lelaki yang terlibat dalam kejadian melepaskan tembakan di hadapan sebuah rumah di Sitiawan di sini pada Jumaat. Ketua Polis...

Polis nafi surat tular kes culik di Hulu Selangor

HULU SELANGOR – Polis menafikan dakwaan terdapat kes penculikan atau cubaan menculik di daerah itu sekali gus menegaskan orang ramai agar tidak mengeluarkan sebarang...

[VIDEO] Ular sawa ‘kenyang’ baham kambing dalam kandang

KULAI – Seorang lelaki terkejut melihat seekor ular sawa batik di dalam kandang yang kekenyangan selepas membaham kambing di Felda Inas, di sini hari...

Letupan bom di tepi jalan membunuh pegawai polis dan mencederakan empat lagi di selatan Thailand

Satu letupan bom di tepi jalan membunuh seorang pegawai polis dan mencederakan empat lagi pegawai di wilayah Pattani di selatan Thailand semalam. Beberapa anggota pegawai...

Pelajar perempuan dirogol di asrama sekolah di hadapan rakan-rakan

Seorang gadis berusia 17 tahun telah dirogol di hadapan rakan-rakannya oleh seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun ketika dia berada di asrama kuarantin Covid-19...

Menteri BN dalam kerajaan dikelilingi ‘musuh dalam selimut’, kata Zahid

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Mahiaddin Md. Yasin tidak perlu beria-ia sangat mengumumkan Barisan Nasional (BN) musuh utama Perikatan Nasional (PN). Pengumuman itu sekadar...

[VIDEO] MBJB naik taraf pam air dalam usaha tangani banjir kilat

JOHOR BAHRU -- Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) akan menaik taraf pam air dari empat unit kepada enam unit di Rumah Pam Sungai Chat,...

[VIDEO] Polis kesan peragut rantai emas

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan peragut di dalam sebuah video insiden ragut rantai emas yang sedang dipakai mangsa ketika duduk di atas motosikal...

[VIDEO] Jambatan Kampung Parit Baru runtuh

BATU PAHAT: Akibat dirempuh rumput tebal ketika air sungai deras, jambatan utama di Kampung Parit Baru, Parit Raja di sini runtuh semalam 24 September...