HARGA SAYUR, IKAN LEBIH MAHAL PADA MUSIM HUJAN

Hujan berterusan di seluruh negara telah memberi kesan terhadap bekalan ikan dan sayur-sayuran di pasaran, sekali gus mengakibatkan kenaikan harga.

Musim tengkujuh dan laut bergelora telah menjejaskan sekurang-kurangnya 50 peratus bekalan ikan, kata Pengerusi Persatuan Nelayan Kuala Terengganu Utara (KTU), [email protected] Abu Bakar.

Beliau berkata antara ikan kegemaran ramai yang menunjukkan pengurangan adalah ikan kembung, ikan selayang dan ikan selar kuning.

Walau bagaimanapun, menurut A. Rahman, harganya tidak naik mendadak, namun masih terdapat kenaikan antara RM2 dan RM3 sekilo.

“Harganya tidak naik begitu tinggi. Pada hari biasa, harga ikan kembung kira-kira RM7 atau RM8 sekilo, kini harganya sekitar RM9 atau RM10 sekilo,” katanya.

Beliau berkata adalah sukar untuk menentukan jumlah tangkapan nelayan kerana ia berubah-ubah disebabkan oleh cuaca buruk.

A. Rahman berkata, harganya juga berubah-ubah mengikut tempat.

Menurut A. Rahman, nelayan sebelum ini biasanya mampu membuat tangkapan sehingga 1,000 tan ikan dalam masa enam hari.

Setiausaha Persatuan Nelayan Sungai Besar Ji Wei Chen berkata, walaupun terdapat bekalan ikan yang mencukupi, harganya telah meningkat sebanyak 20 peratus.

“Ia juga bergantung kepada permintaan pasaran. Kadang-kadang, ikan bawal dan udang besar dihantar ke negara-negara seperti Singapura,” katanya.

Katanya, satu lagi masalah yang timbul adalah kekurangan tenaga kerja.

Jelasnya, kekurangan pekerja asing bermakna tidak banyak bot dapat turun ke laut.

“Tahun ini, bekalan ikan kembung dan cencaru nampak baik, tetapi jumlah nelayan tidak cukup pula untuk membuat tangkapan,” katanya.

Musim tengkujuh juga telah menjejaskan antara 20 hingga 30 peratus bekalan sayur-sayuran, terutama yang berdaun, kata Pengerusi Persatuan Pekebun-Pekebun Sayur Malaysia Tan So Tiok.

Harga bagi beberapa sayur kegemaran rakyat Malaysia seperti sawi, bayam, kangkung dan kailan adalah antara yang terjejas.

“Harga untuk sayur-sayuran berdaun ini telah naik antara 20 hingga 100 peratus.

“Jika sebelum ini, sebahagian daripadanya berharga RM2 sekilo, tapi kini harganya sekitar RM4 atau lebih. Ia juga bergantung kepada jenis sayur-sayuran,” kata So Tiok ketika dihubungi.

Beliau berkata harga sayur-sayuran lain seperti kacang panjang dan timun juga telah meningkat.

Di GEORGE TOWN, suri rumah M. Leela, 44, berkata timun tempatan kini dijual pada harga RM3.39 sekilo di sebuah pasar raya di Air Itam.

“Ini sangat mengejutkan.

“Kali terakhir saya membelinya, harganya adalah 99 sen sekilo,” katanya.

Jurucakap pasar raya besar itu berkata pembekal telah menjualnya pada harga yang lebih tinggi berikutan musim hujan.

Setiausaha Persatuan Pekebun Sayur-Sayuran Cameron Highlands, Chay Ee Mong berkata harga sayur-sayuran tanah rendah seperti bayam, saderi dan kubis meningkat antara 20 dan 50 peratus.

Beliau juga berkata, pengeluaran di kawasannya telah menyaksikan penurunan sebanyak sekurang-kurangnya 20 peratus disebabkan oleh hujan dan kurangnya cahaya matahari.

Jumlah sayur-sayuran yang diimport dari negara-negara seperti China juga rendah, sambil menambah kos import menjadi lebih mahal disebabkan kejatuhan ringgit.

“Ketika musim hujan, kita juga perlu berhati-hati tentang kualiti.

“Ini adalah barangan mudah rosak, jadi ia tidak boleh disimpan terlalu lama,” katanya.

Tinjauan di pasar malam tempatan menunjukkan bahawa harga sayur-sayuran dan ikan adalah ‘turun-naik’.

Walaupun harga bagi kebanyakannya meningkat, harga untuk beberapa item masih kekal.

Apa yang mengejutkan, harga kangkung telah jatuh dari RM4 sekilo minggu lalu kepada RM3.50 pada minggu ini.

Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), N.V. Subbarow berkata banyak aduan diterima daripada orang ramai.

“Kenaikan harga selalu berlaku pada akhir tahun.

“Pengeluaran sayur-sayuran terjejas disebabkan musim hujan adalah tidak betul,” katanya.

20161129-sayur-ikan-naik-harga

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...

Dr Mahahir lindungi Muhyiddin daripada didakwa – Razlan

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Razlan Rafii mendakwa berlaku pendakwaan terpilih ketika pentadbiran Mahathir Mohamad, susulan laporan Muhyiddin Yassin dikatakan menerima dana daripada Ultra...

Benarkah Muhyiddin sedang di rawat ketika dikatakan menerima wang dari UKSB?

"Saya sedang rawat kanser. Tak mungkin terima sogokan" Katanya, ini kerana antara Jun hingga Ogos 2018 beliau menjalani pembedahan kanser dan kemudian mengambil cuti selama...

[Video] Tragedi 15 rumah terbakar di Petagas

PUTATAN: Lebih 10 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Contoh, Petagas, di sini, malam tadi. Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim, berkata...

[Video] DUA pelajar pondok di temui terapung dalam keadaan berpelukan

KOTA BHARU: Dua pelajar sebuah pondok di Pasir Tumboh di sini, yang hilang di Sungai Machang, Limbat, petang semalam ditemukan lemas, jam 8.40 pagi...