EKONOMI NEGARA SEMAKIN BERDAYA TAHAN - pakdin.my

KUALA LUMPUR: Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, antara faktor menjadikan Malaysia berjaya meningkatkan daya tahan ekonominya sejak 2009.

Menerusi ETP, Malaysia tidak lagi terlalu bergantung kepada harga komoditi dunia, perdagangan antarabangsa dan pelaburan asing berbanding sebelum itu.

Menurut kenyataan Pasukan Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), keadaan itu sekali gus meletakkan Malaysia berada di hadapan berbanding Singapura yang sebelum ini menunjukkan pencapaian jauh lebih baik dalam Keluaran Dalam Negara (GDP) walaupun kedua-dua negara berdepan dengan ketidaktentuan ekonomi dan perdagangan global.

“Ekonomi Malaysia berkembang 4.70 peratus (2013), 6.0 peratus (2014), 5.0 peratus (2015), 4.2 peratus (jangkaan 2016) dan 4.0 hingga 5.0 peratus (anggaran 2017) berbanding Singapura 3.9 peratus (2013), 2.9 peratus (2014), 2.10 peratus (2015), 1.4 peratus (jangkaan 2016) dan 1.5 peratus (anggaran 2017),” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Menurut kenyataan itu, apa yang berlaku sekarang adalah sama seperti yang diterangkan PEMANDU beberapa tahun lalu. Antaranya, faktor pencapaian negara ketika ini adalah dengan mengurangkan kebergantungan pendapatan daripada hasil berkaitan petroleum, dan kejatuhan harga minyak tidak menjejaskan Malaysia berbanding Singapura.

“Kebergantungan Malaysia terhadap pendapatan hasil berkaitan minyak menurun daripada 41.3 peratus pada tahun 2009 kepada 14 peratus sekarang dan ia adalah satu kejayaan memberangsangkan,” katanya.

Menurut kenyataan itu, kerajaan juga meningkatkan permintaan domestik menerusi pengagihan pendapatan dan pembangunan kepada ekonomi luar bandar yang secara tradisinya kurang maju dan kurang bergantung kepada perdagangan dunia.

Kerajaan juga memfokuskan kepada usaha meningkatkan pendapatan kumpulan B40 dan mengurangkan ketidakseimbangan pendapatan menerusi pelbagai dasar seperti gaji minimum, dana untuk pembangunan luar bandar dan projek pembangunan untuk ekonomi luar bandar.

Kerajaan juga memberi fokus kepada pertumbuhan Pendapatan Negara Kasar (GNI) berbanding GDP termasuk syarikat asing di Malaysia, selain tumpuan diberikan kepada usaha untuk meningkatkan pelaburan dalam negara berbanding pelaburan asing.

“Berikutan perubahan dasar itu, ekonomi Malaysia menjadi lebih berdaya saing berbanding negara jiran kita.

Kali pertama dalam sedekad, kita berkembang lebih daripada kukuh daripada mereka,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, kerajaan juga mempamerkan komitmen untuk terus menyeimbangkan semula ekonomi domestik dan merapatkan jurang antara bandar-luar bandar dan timur-barat.

Pelbagai projek dirancang seperti Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur, Lebuhraya Pan Borneo, Projek laluan Central Spine Road (CSR) dan Pengerang adalah bukti kepada komitmen untuk membangunkan negara dan komuniti yang dapat membangunkan koridor barat.

“Ini menunjukkan ekonomi Malaysia semakin kukuh, mampan dan berdaya saing berbanding sebelum ini,” katanya.

20161218-etp

UTAMAEKONOMIEKONOMI NEGARA SEMAKIN BERDAYA TAHAN

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium