UtamaPOLITIKNAJIB LAWAT MANGSA BENCANA...

NAJIB LAWAT MANGSA BENCANA BANJIR, SUMBANG BANTUAN - pakdin.my

20170107-najib-lawat-mangsa-banjir

Kerajaan akan meneliti cadangan supaya sebuah jambatan dibina di Jalan Kasban di Kampung Nibong, Tumpat pada Sabtu bagi menyelesaikan isu ‘banjir termenung’ yang berlaku setiap kali musim tengkujuh di kawasan berkenaan.

Banjir di Tumpat dipanggil banjir termenung disebabkan air yang terkepung dan tidak dapat mengalir keluar.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pembinaan jambatan berkenaan akan memboleh sebuah saluran air dibina untuk mengalirkan air banjir dari kawasan Pengkalan Kubur di sini dengan lebih cepat ke Sungai Golok.

Najib berkata berdasar anggaran awal, pembinaan saluran air dan jambatan sepanjang 100 meter itu dijangka menelan belanja antara RM9 juta hingga RM10 juta.

“Saya akan arahkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk mengkaji cadangan tersebut dan jika sesuai, ia akan dibina dengan kadar segera,” katanya selepas meninjau 646 mangsa banjir daripada 207 keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Bunohan hari ini.

Hadir sama Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan (MTPNK) Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NaDMA) Datuk Zaitun Ab Samad.

Sebelum ini, penduduk di kawasan berkenaan dilaporkan pernah mengadakan bantahan aman bagi menggesa kerajaan merobohkan Jalan Kasban-Rantau Panjang berhampiran Kampung Pohon Nibong dan menggantikannya dengan jambatan bagi memastikan banjir termenung di kawasan itu tidak berulang.

Wakil penduduk kawasan itu dipetik sebagai berkata langkah itu mampu menyelamatkan lebih 5,000 keluarga dari 13 buah kampung sekitar daripada menjadi mangsa banjir termenung, yang sering menyebabkan kawasan itu terputus hubungan kerana laluan ditenggelami banjir.

Dalam pada itu, perdana menteri berkata kerajaan akan menyediakan kemudahan tambahan di sekolah-sekolah terpilih yang digazetkan sebagai pusat pemindahan banjir seperti tandas dan bilik mandi bagi memberi keselesaan kepada mangsa-mangsa banjir.

Najib berkata di luar musim banjir, kemudahan tambahan itu boleh digunakan oleh pelajar dan guru di sekolah berkenaan.

Mengulas mengenai pengurusan banjir di bawah NaDMA, Najib berkata beliau berpuas hati dengan usaha-usaha yang dijalankan dan setakat ini ia berjalan lancar dengan kerjasama pelbagai jabatan dan agensi kerajaan Persekutuan dan negeri yang terlibat.

“Walaupun ada beberapa perkara berbangkit yang kecil namun secara keseluruhannya, pengurusan bantuan kepada mangsa banjir berjalan dengan baik,” katanya.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] MKT UMNO tentukan tarikh pemilihan parti pada Jumaat

Mesyuarat MKT adalah untuk memutuskan tarikh sebelum 19 Mei itu, bila tarikh mesyuarat cawangan, bahagian dan pemilihan yang dibuat (serentak) dalam tarikh itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162080 https://youtu.be/xmwvGGOOgWY

[VIDEO] Feri Mersing – Tioman di badai ombak besar

Viral video feri dari Mersing ke Tioman terumbang ambing dilanda ombak. Alhamdulillah feri tu dah selamat berlabuh di jeti Tioman. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162068 https://youtu.be/agaMpX65_60 https://youtu.be/mlhOM1_qPhQ

[VIDEO] Batu Pahat daerah terbaharu terjejas banjir, mangsa melonjak kepada 3,612 orang

Jumlah mangsa banjir di Johor terus melonjak kepada 3,612 orang setakat 8 pagi ini berbanding 2,912 orang yang dicatatkan pada 12 tengah malam BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162059 https://youtu.be/uQ0D13ZlstU

Rumah Rakit Uda Sungai Lebam hanyut

Difahamkan tiada pengunjung yang menyewa rumah rakit berkenaan ketika kejadian. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162049 https://youtu.be/9BNvuoiOv18

[VIDEO] Isu Islamofobia di Sweden antara akan dibincangkan dengan Brunei – Zambry

Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir membincangkan perkara berkenaan bersama rakan sejawatnya di Brunei, Erywan Mohd Yusof. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162036 https://youtu.be/ZoAoMi6CwpI

[VIDEO] Anak ikan paus terdampar di Kuala Baram

Operasi menyelamat telah dijalankan oleh pasukan bomba dengan bantuan orang awam dan menolak anak ikan paus tersebut ke kawasan yang lebih dalam. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162026

[VIDEO] Kelibat harimau dilihat di Taman Bernam Baru, Tanjung Malim

PERHILITAN Perak mengesahkan, pihaknya menerima aduan berhubung kelibat harimau yang dilihat menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Taman Bernam Baru, Tanjung Malim. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162019 .................

[VIDEO] ‘Sedekah’, ‘komisyen’ melunakkan rasuah, kata Anwar

“Dulu ‘komisyen’ okay, rasuah tak okay. Sekarang ada pula ‘sedekah’. “Sedekah untuk amal jariah okay, tapi ‘sedekah’ untuk dapat undi pilihan raya – rasuah.” BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162009

[VIDEO] ‘Kalau dia sedekah, kalau kita rasuah’, Zahid sindir Hadi

Semalam, Hadi mempertahankan pemberian wang menerusi bantuan diberikan kerajaan Terengganu beberapa hari sebelum PRU15. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161999

[VIDEO] Aliran Kenderaan Meningkat, Trafik Perlahan Di Lebuh Raya Utama

Aliran trafik di Lebuhraya Utara Selatan dilaporkan perlahan melibatkan kedua-dua arah selatan dan utara. https://pakdin.my/161988

[VIDEO] Penjawat awam didakwa 16 pertuduhan babit suapan RM45,000

Jika sabit kesalahan boleh kenakan dihukum penjara selama tempoh sehingga 10 tahun atau denda maksimum RM100,000 atau kedua-duanya sekali. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161972

[VIDEO] Tujuh kedai makan di astaka berusia 38 tahun terbakar

Saya menyedari api menyambar kedai makan di sebelah dan dalam keadaan panik, saya hanya sempat mengangkat dua tong gas BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161960