BERITARASUAH: SUAMI ISTERI PEGAWAI TLDM DIPENJARA, DENDA

RASUAH: SUAMI ISTERI PEGAWAI TLDM DIPENJARA, DENDA

Lepas ni boleh lah joint pembangkang.

IPOH: Pasangan suami isteri yang juga pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dihukum penjara dan denda oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan pilihan berkaitan rasuah yang dilakukan pada 2014 dan 2015.

Leftenan Komander Rizalman Ghazali, 38, yang mengaku bersalah terhadap empat tuduhan pilihan dihukum penjara sembilan bulan dan denda RM20,000 bagi setiap pertuduhan.

Sementara, isterinya, Leftenan Komander Rozlin Mustafa, 35, yang mengaku bersalah terhadap dua tuduhan pilihan dihukum penjara enam bulan serta denda RM10,000 bagi setiap pertuduhan.

Hakim S Indera Nehru memerintahkan semua hukuman penjara berjalan serentak bermula hari ini.

Rizalman mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan pilihan menerima benda berharga berjumlah keseluruhan RM420,852 yang dilakukan di tiga tempat berbeza antara 15 Oktober 2014 dan 2 Januari 2015 mengikut Seksyen 28 (1) (c) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dibaca bersama Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Rozlin pula mengaku bersalah terhadap dua tuduhan pilihan menerima benda berharga berjumlah keseluruhan RM230,011 di Affin Bank Cawangan Sitiawan pada 15 Oktober 2014 dan 2 Januari 2015 mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nur Azah Kasran, manakala pasangan terbabit diwakili peguam Norhasham Hasan dan Shahril Adli Zain.

20170131-pegawai-tldm-rasuah-roslin 20170131-pegawai-tldm-rasuah-rizalman

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Siasatan SPRM Terhadap Bekas Pegawai Tabung Haji: Soalan Tentang Masa, Standard dan Label Politik

SPRM Dalam Proses Bawa Pulang Aset 1MDB milik Jasmine Loo

Terkini:

Keyakinan pendeposit “kekal utuh”

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami