UtamaPOLITIKIsa Samad Bukan Pengerusi...

Isa Samad Bukan Pengerusi Felda – Apa Lagi Rafizi Mahu? - pakdin.my

Sebelum ini, bertahun-tahun gesa Isa Samad untuk letak jawatan dan membuat pelbagai dakwaan fitnah:
https://youtu.be/jaZZ8hnqCUw

 

Selepas Isa Samad tidak lagi pengerusi FELDA, Rafizi Ramli pula dakwa Isa Samad akan dijadi kambing hitam pula.

Apa sebenarnya yang Sotong Mahu?

————-
Isa Samad bakal jadi kambing hitam Felda – Rafizi

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli tidak menolak kemungkinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekali lagi akan bermain ‘silap mata’ dalam isu yang membelit Felda hari ini.

Katanya, dalam silap mata itu, bekas Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad bakal dijadikan kambing bagi menyelamatkan undi Umno-BN pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Kita dah nampak ada dua,tiga langkah ke arah silap mata itu. Pertama tempoh perkhidmatan Tan Sri Isa Samad tidak disambung dan diganti dengan Tan Sri Shahir Samad, kita dah boleh baca ini ke arah silap mata untuk menyalahkan semua kepada Isa.

“Kalau Umno-BN berjaya menunjukkan mereka semua berniat baik dan Shahrir baik dan ini semua Isa punya pasal.

“Dia boleh buat silap mata, dah dekat PRU nanti dia carilah duit dekat mana-mana dan dia buatlah pengumuman apa-apa,” kata Rafizi pada sidang medianya di ibu pejabat Invoke, Sungai Besi hari ini dan disiarkan secara langsung di laman Facebook.

Menurut Rafizi, dengan segala masalah yang didedahkan, Najib yang juga presiden Umno tidak lagi boleh menutup masalah Felda.

Silap mata lagi?

Pada pilihan raya umum ke -3 lalu Najib didakwa bermain silap mata dengan menyenaraikan Felda Global Ventures (FGV).

“PRU-13 dulu ada silap mata dia senaraikan FGV, wang yang dipinjam atas alasan untuk senaraikan FGV itu sebenarnya dikembalikan kepada peneroka yang dijadikan bonus penyenaraian dan RM15,000 itu kemudiannya jadi modal politik untuk tutup masalah Felda pada ketika itu untuk beri undi yang besar kepada Umno-BN pada PRU lepas.

“Sekarang saya pasti peneroka tahu lawak paling besar yang Najib buat ialah meminjam wang kemudian memberikan bonus kepada peneroka Felda dan sekarang peneroka baru tahu bonus itu adalah hutang yang mereka kena bayar sekarang,” katanya.

Oleh demikian, Rafizi berkata berikutan langkah yang dihidu itu, Pakatan Harapan telah mengadakan perbincangan bagi berdepan dengan segala kemungkinan sekiranya Najib cuba mengulangi taktik yang sama.

“Jika kita tak bersedia daripada awal sampaikan maklumat bahawa jelas dalam kepala peneroka dan generasi kedua masalah Felda ini adalah masalah Najib dan Umno bukan masalah Isa,” katanya.

Langkah itu dimulakan Pakatan Harapan dengan mengadakan kempen “Felda Sekarang Bukan Yang Dulu” bagi membela nasib peneroka dan generasi baru yang didakwa dirompak kerajaan BN.

Malah, kempen tersebut juga akan disusuli dengan Kongres Felda pada 19 Mac depan yang akan diadakan di Shah Alam.

Oleh demikian, Rafizi berkata berikutan langkah yang dihidu itu, Pakatan Harapan telah mengadakan perbincangan bagi berdepan dengan segala kemungkinan sekiranya Najib cuba mengulangi taktik yang sama.

“Jika kita tak bersedia daripada awal sampaikan maklumat bahawa jelas dalam kepala peneroka dan generasi kedua masalah Felda ini adalah masalah Najib dan Umno bukan masalah Isa,” katanya.

Langkah itu dimulakan Pakatan Harapan dengan mengadakan kempen “Felda Sekarang Bukan Yang Dulu” bagi membela nasib peneroka dan generasi baru yang didakwa dirompak kerajaan BN.

Malah, kempen tersebut juga akan disusuli dengan Kongres Felda pada 19 Mac depan yang akan diadakan di Shah Alam.

20170217-rafizii-isa-samad-felda

http://www.malaysiakini.com/news/372808

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

‘Aplikasi Telegram Perdana Menteri digodam’ – ini jawapan dari Pasukan Telegram

Ini jawapan dari Pasukan Telegram: PUBLIC NOTICE  On 8 August , we were informed that personal Telegram accounts belonging to the Prime Minster and Minister of...

Siapakah peguam bela bagi kes rasuah Datuk Latif Bandi..??

Rupanya peguam dia adalah Datuk Hasnal Rezuar Merican.. Siapakah Datuk Hasnal Rezuar Merican..? Rupanya beliau adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Selayang.Dan menetap di Dun Kuang dalam...

Bot penyeludup karam: Seorang maut, 35 pendatang asing diselamatkan

SHAH ALAM  -- Seramai 35 pendatang asing tanpa izin berjaya diselamatkan kru sebuah kapal tangki milik syarikat swasta, manakala seorang lelaki maut apabila bot...

Rakyat M’sia berkahwin di selatan Thailand dinasihat tidak lengahkan pendaftaran perkahwinan

PHUKET -- Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid menasihati rakyat Malaysia yang berkahwin di Selatan Thailand supaya tidak melengahkan pendaftaran perkahwinan...

[VIDEO] Ribut terbangkan khemah program Bekwoh Keluarga Malaysia

TUMPAT: Kawasan Pantai Geting, di sini, yang turut menjadi lokasi penganjuran Program Bekwoh Keluarga Malaysia Rakyat Tumpat dilanda ribut malam tadi 6 Ogos 2022. Keadaan...

[VIDEO] Tiga beranak maut kemalangan

KOTA KINABALU: Tiga beranak maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas malam tadi 5...

Remaja parah langgar gajah

Kluang: Seorang pelajar sekolah menengah parah selepas terlanggar gajah di Jalan Kota Tinggi - Kluang berdekatan Taman Seri Impian di sini, kira-kira 10 malam...

[VIDEO] Perahu karam, budak lelaki 10 tahun hilang

KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas apabila perahu yang dinaikinya bersama keluarga karam dalam kejadian di Sungai Rajang, Kapit, di...

Potong rambut panjang, pelajar serang guru guna batang penyapu

HULU SELANGOR: Seorang pelajar Tingkatan Tiga tergamak menyerang gurunya dengan batang penyapu sambil mengugut mahu membunuh mangsa, kerana berang rambutnya yang panjang dipotong dalam...

[VIDEO] Rasuah: Pemilik syarikat agensi pekerjaan antara dua lelaki ditahan SPRM

KUALA LUMPUR -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli perniagaan dan seorang pemilik syarikat agensi pekerjaan bagi membantu siasatan kes rasuah mendapatkan...

“Hitam Celah Paha Itu Normal” Doktor Pakar Bidas Jualan Produk Pemutih Buat Ibu Mengandung

Pakar perubatan, Dr. Amirah Azlan membidas segelintir peniaga produk kewanitaan yang gemar membuat promosi ‘murahan’ dengan memberi teori-teori kesihatan salah serta menakutkan masyarakat. Seperti yang...

Alat sulit ‘patah’ ketika hubungan intim ganas dengan isteri

JAKARTA – Alat sulit seorang lelaki berusia 50 tahun di Indonesia dipercayai ‘patah’ melakukan hubungan intim ganas bersama isterinya, lapor portal berita MailOnline semalam. Lelaki...