Yang Berhingus Zaman Mahathir: Dividen KWSP, Tabung Haji dan ASN Merudum – Najib Memulihkan Semula Dalam Keadaan Ekonomi Dunia Tidak Menentu - pakdin.my

Parti Virus Cap Bunga manusia pelik. Biar saya memberikan contoh:

20170225-dividen-jatuh-zaman-mahathir

1. Pada tahun 1980 – setahun sebelum Mahathir menjadi PM, dividen KWSP adalah 8%. Tetapi dalam tempoh dua tahun terakhir sebelum Mahathir bersara, MERUDUM kepada 4.25% dan 4.5% pada tahun 2002 dan 2003.

2. Begitu juga pada tahun 1980, dividen + bonus Tabung Haji adalah 8.5%. Tetapi telah MERUDUM kepada 3.5% dan 4% pada tahun 2002 dan 2003.

3. Pada tahun 1981, tahun pertama ASN ditubuhkan, ia telah membayar dividen dan bonus sebanyak 20%. Tetapi telah MERUDUM kepada 5% dan 5.3% pada tahun 2002 dan 2003.

4. Adalah jelas sepanjang tempoh Mahathir berkuasa, pulangan daripada semua 3 dana utama menyaksikan PENURUNAN yang ketara.

5. Pada tahun 2008 – setahun sebelum Najib menjadi Perdana Menteri, dividen KWSP hanya 4.5%. Tetapi sejak dua tahun yang lalu pada tahun 2015 dan 2016, MENINGKAT kepada 6.4% dan 5.7%.

6. Tabung Haji mengisytiharkan dividen + bonus sebanyak 5% pada tahun 2008 tetapi kini telah MENINGKAT kepada 8% dan 5.75% pada tahun 2015 dan 2016.

7. Begitu juga pada tahun 2008, ASN memberikan bonus sebanyak 5.5% manakala pada tahun 2015 dan 2016, dividen adalah 6.1% dan 5%.

8. Oleh kerana dalam kesemua tempoh Najib menjadi Perdana Menteri, pelbagai pulangan dana adalah MENGGALAKKAN dan kebanyakan telah mencatatkan PENINGKATAN tetapi di bawah Mahathir, semua pulangan dana MERUDUM dengan teruk.

9. Namun, Si Bengap Parti Cap Bunga tanpa mengeluarkan fakta mengatakan Mahathir adalah hebat dan Najib adalah teruj dan mesti meletakkan jawatan kerana pulangan dana pada 2016 lebih lemah daripada tahun sebelumnya dan dengan itu negara akan muflis.

10. Walaupun di bawah Najib, prestasi dana telah BERTAMBAH BAIK berbanding dengan apa yang ditinggalkan oleh Mahathir atau sebelum Najib menjadi Perdana Menteri?

11. Seorang orang tua telah membawa kepada KEMUSNAHAN dan dinobatkan sebagai wira untuk menyelamatkan Malaysia.

12. Orang lain yang jelas membawa kepada PENINGKATAN tetapi disuruh letak jawatan kerana dia telah gagal?

Adakah salah saya katakan bahawa penganut Parti Virus Cap Bunga manusia yang pelik atau mungkin Zombie?

UTAMAEKONOMIYang Berhingus Zaman Mahathir: Dividen KWSP, Tabung Haji dan ASN Merudum -...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium