Pakatan 'Bloody Fool' Jadikan Parlimen Pertunjukan Sarkas


https://youtu.be/2A1FkRYLxbk

“If you are in power you are powerful, if you dont use your power you are bloodyfool,” merupakan kata-kata Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia semalam.

Kata kata itu terbit sebelum  dewan rakyat bertukar menjadi seakan-akan sebuah kandang sarkas oleh beberapa wakil rakyat dari pembangkang.

Tanggal 6 April 2017, kita dapat lihat bagaimana perilaku sebenar wakil rakyat Pakatan Harapan yang seolah ‘cacing kepanasan’ apabila Rang Undang-Undang 355 (RUU 355) dibentangkan oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.

Bermula dengan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang bangun membuat provokasi menggunakan alasan Perkara 14. Malangnya, apabila Speaker mohon untuk penjelasan terperinci akan maksud Perkara 14 itu, Kit Siang tidak mampu berkata-kata.

Apatah lagi apabila ada seorang wakil rakyat yang melabelkan Kit Siang sebagai ‘makin tua, makin gila’, maka pembangkang semakin bertambah ‘bloody fool’ dalam dewan berkenaan.

Kesannya, pembentangan RUU 355 itu telah lambat kira-kira 35 minit seperti dijadualkan. Semuanya gara-gara provokasi Pakatan Harapan yang mahu mensabotaj usaha Abdul Hadi hingga sanggup ‘mengotorkan’ kemuliaan dewan itu.

Ini termasuklah cadangan dari Ahli Parlimen PKR Alor Setar yang meminta RUU 355 dipersembahkan terlebih dahulu kepada Majlis Raja-Raja. Bukannya mereka tidak faham undang-undang, tetapi semuanya dilakukan secara sengaja untuk cuba menghalang proses tersebut.

Kemuncak mereka menjadi ‘bloody fool’ adalah apabila Speaker menggunakan peruntukan kuasa yang ada pada beliau untuk menangguhkan sesi perbahasan pada jam 4.00 petang.

Kita boleh saksikan betapa ‘meroyannya’ mereka seperti wakil rakyat PKR Pandan, DAP Puchong, PAN Shah Alam dan PKR Ampang dalam dewan itu. Tak henti-henti mereka menjerit, melolong dan menyalak dengan menuduh Speaker sebagai pengecut dan takut.

Hakikatnya, ini bukan kali pertama wakil rakyat Pakatan Harapan beraksi seperti ‘zoo’ dalam Dewan Rakyat. Lihat ketika Perdana Menteri membentangkan Bajet 2017 tahun lalu, bagaimana Pakatan Harapan telah melakukan provokasi jauh lebih teruk daripada perangai budak tadika kelas ketiga.

Masih ingatkah lagi kelakuan jahat ahli ahli DUN DAP dalam Dewan Undangan Negeri Perak pada 2008? Ya, semalam berulang lagi kebiadapan itu.

Maka, adakah itu kualiti sebenar pemimpin Pakatan Harapan yang diharapkan rakyat untuk memimpin negara? Hentilah dari terus menyokong mereka yang berperangai tidak matang sebegini.

Apa pun 6 April 2017 telah berlalu dan menjadi sejarah. Rakyat melihat sendiri sikap bodoh dan tidak matang ahli parlimen Pakatan Harapan.

Kejayaan untuk memperkasakan syariat Islam di Malaysia telah diusahakan biarpun ada yang menghalang.

Walaupun Pakatan Harapan menentang perjuangan memartabatkan agama Islam ini, namun percayalah semalam bukannya hari untuk Umno dan PAS, tetapi ia adalah hari sarkas untuk Pakatan Pembangkang.

Ayat “Bloody Fool” itu speaker sengaja cakap. Sebenarnya ianya merujuk kepada “Pakatan Bloody Fool” yang diketuai Kit Siang dan DAP semalam.

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...

Dr Mahahir lindungi Muhyiddin daripada didakwa – Razlan

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Razlan Rafii mendakwa berlaku pendakwaan terpilih ketika pentadbiran Mahathir Mohamad, susulan laporan Muhyiddin Yassin dikatakan menerima dana daripada Ultra...

Benarkah Muhyiddin sedang di rawat ketika dikatakan menerima wang dari UKSB?

"Saya sedang rawat kanser. Tak mungkin terima sogokan" Katanya, ini kerana antara Jun hingga Ogos 2018 beliau menjalani pembedahan kanser dan kemudian mengambil cuti selama...

[Video] Tragedi 15 rumah terbakar di Petagas

PUTATAN: Lebih 10 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Contoh, Petagas, di sini, malam tadi. Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim, berkata...

[Video] DUA pelajar pondok di temui terapung dalam keadaan berpelukan

KOTA BHARU: Dua pelajar sebuah pondok di Pasir Tumboh di sini, yang hilang di Sungai Machang, Limbat, petang semalam ditemukan lemas, jam 8.40 pagi...