Siasatan Forex: Pertama Kalinya Mahathir Puji Kit Siang Sebab Takut Dipenjarakan - pakdin.my

Jika dilihat pada entri terbaru Mahathir pada 3 Mei 2017 dalam blognya “Che Det” kita boleh melihat Mahathir sedang memujuk Kit Siang agar bercakap bohong dalam siasatan khas isu Forex.

Jenama DAP yang sekian lama dijijikkan oleh Mahathir sendiri selama berpuluh tahun,  kini pertama kalinya Mahathir memuji DAP bersungguh sungguh sampai berjela jela tulisannya.

Ini tindakan “desperado” dari Mahathir kerana takut Kit Siang akan bercakap benar bila dipanggil untuk siasatan Forex Scandal Bank Negara Malaysia.

 Mahathir memulakan tulisannya berkenaan  DAP dengan perkataan ini – “Banyak sudah yang di perkatakan berkenaan DAP” .

Sebenarnya yang banyak berkata berkenaan DAP dalam nada negatif dan kritikan selama berpuluh tahun adalah Mahathir sendiri. Yang gelar Kit Siang bapa rasis adalah Mahathir sendiri.

Maka Mahathir sedang mencuci balik kata katanya itu, yang dia sendiri dilemparkan kepada DAP dulu.

Orang orang dan ahli ahli UMNO membenci DAP sebahagiannya juga adalah atas pengaruh kebencian yang dididik Mahathir terhadap DAP dan Kit Siang.

Selama berpuluh puluh tahun Mahathir tiada cerita yang baik berkenaan DAP dan Kit Siang.  Itu semua orang tahu melainkan mereka yang baru tumbuh gigi dalam arena politik.

Ada beberapa perkara yang boleh dikatakan sebagai elemen sebab musabab Mahathir terpaksa menjilat DAP dan Kit Siang.

Antaranya adalah rencana awal mahu menyelitkan anaknya menjadi ahli Parlimen bertanding dan menumpang di kerusi selamat DAP.

Maka sebab itulah ketika menjelajah berceramah baru baru ini,  Mahathir sentiasa bercerita baik berkenaan DAP dan menyatakan dirinya sekian lama telah tersalah menafsirkan DAP kepada orang Melayu.

Mahathir lebih banyak bercerita berkenaan DAP melebihi parti PPBM yang diterajuinya sendiri.

Jika dilihat pada para 4, 5, 6, dan 7 , kita dapat meragui kenyataan Mahathir dan mempersoalkan sama ada selama ini Mahathir berbohong atau selama ini Mahathir jahil berkenaan DAP?

Apakah selama 22 tahun, baru hari ini Mahathir tahu berkenaan DAP seperti yang cuba disampaikan pada artikelnya itu?

Atau , hanya selepas UMNO menyisihkannya barulah Mahathir bertukar nada?

Adakah jika Datuk Seri Najib melayan kehendak peribadi Mahathir, apakah kenyataan terhadap DAP semua ini tidak akan wujud?

Hanya ada satu sahaja jawapan, sama ada Mahathir selama ini jahil , atau selama ini jahat?

Kepada semua perkara di atas, satu perkara amat jelas.

Lim Kit Siang adalah penulis dua buah buku berkenaan skandal kewangan Bank Negara pada zaman Mahathir.

Kedua buah buku itu tidak pernah disaman atau dicabar kesahihan ceritanya oleh Mahathir. Oleh kerana, ketika itu kuasa dan Perdana Menteri selepas  Mahathir adalah dbawah cengkaman Mahathir sendiri.

Mahathir tahu skandalnya tidak akan dibawa ketengah. Namun , sebaik sahaja Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri , maka Mahathir menyedari Najib adalah Perdana Menteri UMNO yang dia dan kroninya tidak dapat kawal dan kuasai.

Maka kes kes dan skandalnya mungkin akan terdedah , hatta kes kehilangan wang rakyat melalui perjudian BNM FOREX kini bakal di dedah melalui RCI selepas Task Force menjalankan siasatan awal.

Apa yang menarik dan menakutkan  Mahathir adalah penulis buku skandal kewangannya iaitu Lim Kit Siang bakal menghadapi panel Task Force dalam masa terdekat ini.

Maka untuk melaksana kan “tit-for-tat” kerja kerja mencuci taik DAP dan Kit Siang sedang diusahakan melalui tulisan Tun Mahathir demi mengambil hati Kit Siang yang begitu ghairah menyerang isu FOREX dan BMF.

Ini umpama perjanjian  “kau garu belakang aku, aku garu belakang engkau”.

Pada isu FOREX , Kit Siang boleh memilih antara dua, mahu berjujur seperti tulisan dalam bukunya atau mahu cuba selamatkan “Mahathir” yang sedang DAP jadikan alat memikat undi Melayu.

Maka terlalu jelas waktu ini itulah sebabnya tiba tiba pada entri terbaru Mahathir terlihat pertama kalinya Mahathir memuji DAP secara tiba tiba dan tidak semena mena.

Benar bagai dikata ,  Mahathir amat takut jika yang menjadi Perdana Menteri itu bukan dari mereka yang dia dapat kawal.

Ini kerana, Mahathir telah menzalimi ramai orang ketika memerintah  lalu dia amat takut jika ada antara mereka yang menuntut keadilan dan penghakiman melalui Perdana Menteri yang berkuasa.

Ini boleh dilihat pada kes Tun Salleh Abas apabila mendapat ganti rugi melalui Abdullah Badawi.

Pada hari ini individu seperti Datuk Murad yang terasa dizalimi mahukan keadilan dan kebenaran melalui Datuk Seri Najib , hatta kes FOREX dibuka untuk siasatan.

Ramai juga yang dizalimi oleh Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri, antaranya mereka yang terbabit pada kes BMF yang terpaksa menanggung sendiri kesalahan walaupun dipercayai melakukannya atas arahan “verbal”  Mahathir.

Begitu juga kepada bekas Gabenor Bank Negara , Tan Sri Jaafar Hussin dimana menantunya Nur Jazlan menyatakan bapa mertuanya terpaksa mengaku untuk menyelamatkan pihak lain.

Maka itulah sebabnya Mahathir menulis puji pujian terhadap DAP seolah olah selama berpuluh tahun sebelum ini dia amat jahil berkenaan apa yang dia tulis hari ini.

Itulah sebabnya Mahathir, selagi hidup mahu usahakan anaknya atau “orang” nya menjadi Perdana Menteri.

Ini untuk memberi mesej kepada mereka yang Mahathir zalimi kononnya dia masih berkuasa, masih boleh menentukan kuasa supaya mereka yang mahu balas dendam merasa kuatir atau takut untuk meneruskan hasrat mereka.

Mahathir hanya boleh tidur malam hanya apabila anaknya dapat dijadikan Perdana Menteri.

Ketika itu banyak perkara dapat diluluskan dan dilepaskan. Selain dari itu mereka yang mahu membalas dendam akan terus takut dan berdiam diri.

***************

Siasatan Forex : Kit Siang Akan Berbohong Demi Mahathir

Kalau diikutkan harapan Ketua DAP, Lim Kit Siang ialah untuk membongkarkan semua perbuatan jahat  Mahathir dalam skandal mata wang asing (Forex) yang menyebabkan negara kerugian berbiliion ringgit pada sekitar tahun 90-an.

Pada tahun 1993, Kit Siang menyeru dan membuat saranan supaya diwujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat kerugian sebanyak RM30 bilion dalam skandal berkenaan dialami oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Jumlah itu, kalau digunakan, ia adalah cukup untuk jumlah pelepasan cukai untuk 19 juta rakyat Malaysia, bayi dan kanak-kanak selama 8 tahun mengikut nilai pada tahun berkenaan. Boleh juga buat sekitar empat buah lapangan terbang yang setaraf dengan KLIA dan boleh buat lebuh raya setaraf dengan Lebuh Raya Utara-Selatan.

Sepatutnya, selepas 24 tahun menunggu, kini Kit Siang sepatutnya lega apabila kerajaan membuat keputusan menubuhkan satu Pasukan Petugas Khas untuk menyiasat skandal itu diketuai bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Sebelum ditubuhkan pasukan petugas, Kit Siang ada menawarkan dirinya sendiri untuk membantu siasatan perkara itu.

Dalam minggu ini, dia bakal dipanggil bertemu dengan Pasukan Petugas Khas dan akan memberikan keterangan berkenaan skandal itu berdasarkan apa maklumat yang Kit Siang tahu tentang skandal mata wang ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Kemarahan Kit Siang dulu bukan satu perasaan biasa-biasa, malah pemimpin veteran DAP itu sampai menerbitkan dua buah buku mengecam Mahathir.

Dalam buku itu, dia mengatakan bahawa kerugian akibat skandal Forex itu telah mewujudkan satu keadaan yang digelar beliau sebagai ‘lubang’ yang mungkin memusnahkan BNM sebagai sebuah bank pusat di Malaysia.

Pada ketika itu, Gabenor, Tan Sri Jaafar Hussein menafikan wujudnya lubang berkenaan.

Kini, sepatutnya Kit Siang sudah dalam posisi mudah kerana beliau hanya perlu memberikan semua maklumat kepada Pasukan Petugas Khas dedahkan semua kepincangan Mahathir.

Kit Siang mungkin U TURN, dengan hubungan akrab kedua-duanya sekarang, dia nampaknya akan cuba menutup kelemahan Mahathir.

Kalau dulu, pada setiap ceramah, Kit Siang akan  bercakap dengan suara lantang mengkritik Mahathir berkenaan skandal itu.

Dengan kedudukan Kit Siang di sisi Mahathir, berkemungkinan dia akan berbohong untuk menyelamatkan bekas Perdana Menteri itu ketika memberikan keterangan di hadapan pasukan penyiasat.

Elok benar kalau digunakan sistem poligraf untuk melihat adakah Kit Siang berbohong atau sebaliknya dalam setiap maklumat yang diberikan.

Ia didedahkan oleh bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz yang menyatakan bahawa Kit Siang tidak akan memberikan maklumat yang boleh mengaitkan Mahathir dalam skandal itu untuk menjaga kepentingan politiknya.

Pada beliau, tindakan memanggil Kit Siang hanya membuang masa sahaja.

Kit Siang pada saat ini amat memerlukan Mahathir kerana beliau percaya pengaruh Mahathir sebagai bekas Perdana Menteri amat berguna untuk DAP menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) nanti seterusnya hendak melobi sebagai Perdana Menteri kerana dia yakin DAP akan menang besar dalam kalangan parti dalam Pakatan Harapan (PH).

Sepatutnya, Kit Siang bawa buku tulisannya yang bertajuk “Skandal Kerugian Forex Bank Negara Sebanyak RM30 Bilion” dan letak di atas meja kemudian beri keterangan kepada pasukan penyiasat berdasarkan kandungan buku berkenaan seperti yang didakwa, dikritik dan ditentang oleh beliau ke atas Mahathir.

Dengan kepentingan politik dan janji masa depan yang lebih baik jika terus berkawan, sesiapa pun akan menipu demi selamatkan diri dan rakan baik supaya agenda peribadi dapat dicapai.

Kit Siang akan cakap benar atau berbohong mengenai Forex nanti? Sama sama kita lihat keterangannya nanti. Kecenderungan untuk Kit Siang bohong adalah amat tinggi demi cita cita politiknya ke Putrajaya.

UTAMAPOLITIKSiasatan Forex: Pertama Kalinya Mahathir Puji Kit Siang Sebab Takut Dipenjarakan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium