Harga Minyak Naik, Boleh Salahkan Najib - pakdin.my

Ya, hari ini hari Rabu maka ini lah masanya – selepas tiga minggu berturut-turut harga bahan api turun, segala-galanya akan menjadi mahal sekali lagi minggu akan datang.

Bermula esok, 18 May, RON 95 akan dijual pada harga RM2.08 seliter (naik tujuh sen berbanding RM2.01 minggu sebelumnya), dengan RON 97 pada RM2.37 seliter (naik lapan sen daripada RM2.29).

Bagi diesel, Euro 2M menjadi RM1.99 seliter (naik empat sen daripada RM1.95), manakala Euro 5 diesel akan dijual pada harga RM2.09 seliter (juga naik empat sen daripada RM2.05). Harga ini akan ditetapkan sehingga 24 Mei apabila pelarasan harga minggu berikutnya akan diumumkan.

Ini adalah maklumat pengumuman kali kelapan harga mingguan sejak sistem harga yang baru berkuat kuasa pada 30 Mac.

Berbanding harga Mac 2017 – sebelum sistem itu dilaksanakan – RON 95 adalah kini turun sebanyak 22 sen, RON 97 turun sebanyak 23 sen, dan diesel turun sebanyak 21 sen.

Dengan harga yang terkini, harga bahan api di Malaysia adalah ke-13 paling murah di dunia – turun dari ke-10 paling murah minggu lepas.

** Minggu ini, para penjual petrol akan rasa gembira lagi.

*****

Rujukan:

“May 2017 week three fuel price – petrol, diesel all up”

https://paultan.org/2017/05/17/may-2017-week-three-fuel-price-petrol-diesel-all-up/

UTAMAHarga Minyak Naik, Boleh Salahkan Najib

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium